Jom Klik

Monday, December 20, 2010

Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)

Salam buat kawan2 (^__^) .. emmm...

lame sungguh tak meng update blog saye .. hheee.. tula dulu dok gatai buat blog ,, sekarang takde mase nak update  pulak... dulu konon2 nak mem busy kan diri sebab tu timbul nye blog ni tapi sekarang semua mase2 terluang dah terisi dengan macam2 bende lain... dengan my hobby n biz ---> www.haisabiz.blogspot.com
Ditambah pulak sejak bulan lepas hingge la bulan depan,, banyak kawan2 kawen (tuan punye badan ni je dok single mingle lagi..). My best friend  pun baru je kawen dengan kawan saye jugak... sweet couple... nanti nak post pasal perkahwinan dorang... tunggu next coming entry okeh..


----------------------------------------@@----------------------------------------


Kalau ang semo masih ingat saye pernah buat satu entry bertajuk Love letter for my future husband

Jadi nak dipendekkan cerite,,dok saye belek2 tenet ni terjumpe 1 entry bertentangan dengan entry yang saye mention tadi... jadi mari ramai2 klik link bloger ni & enjoy reading okeh... Surat Cinta Untuk My Future Wife(s) | The Other Khairul

Tuesday, November 30, 2010

ter busy buat mase ini

Salam buat kawan2 (^__^)

lame jugak tak menjengah ke blog ini.. nak luah meluah pun tak sempat sebab sibuk bekerje ,, and attend jemputan2 kawen kawan kawan kawan,, saye juge ter busy dengan project baru.

agak2 free sila la melawat blog saye lagi satu --> http://www.haisabiz.blogspot.com/

ni business baru saye. ade yang cakap untung ke buat business ni. sebenarnye memang la tak banyak untung and makan mase nak buat bende2 handmade yang sy buat ni. tapi ape yang paling penting saye sangat2 enjoy ---

thanks kepada yang menyokong.. memang saye sayang sangat kat korang (^___^)

salam bertemu kembali.

Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan, dikorban @ terkorban

Salam aidiladha..

Dalam hidup kite sehari harian mesti ade pengorbanan yang terpakse dilakukan. Tapi ade jugak orang yang pentingkan diri sendiri sepanjang hidup dia. Nak orang lain bekorban untuk dia tapi ape yang dia lakukan untuk orang lain???

bekorban apa saje..harta atau pun nyawa..itulah kasih mesera..sejati & mulia....


---------------------------------@@---------------------------------


 
Sekarang jam 4:57am@17Nov2010. Baru free sikit. Semalam jadual terlalu penuh. 6lebih bangun solat, 7pg breakfast, 7:30pg pergi pasar pudu. Aku memang suke p pasar pudu kalau nak masak untuk raye ni, sebab sane ayam fresh, lagi2 ayam tua. Nampak nye ramai lagi orang KL belum balik kampung @ memang tak balik sebab setengah jam aku tunggu pakcik ni potong ayam tua aku..ramai nyerrr.. kalah raye puase.

Ni bende2 beli kat pasar tadi.. berat sungguh *__*

Aku sempat cekau cakoi... lame giler tak makan... mengidam dah..huhuu

9:20pg sampai rumah, duduk kejap. Kemudian mule mengemas. Waktu ni tinggal aku & anak buah aku Danish je. So best sikit mengemas sebab aku memang suke buat keje2 ni time takde orang kat rumah. Sambil2 menjage si kecik yang tengah demam tu. Penat jugak layan si kecik ni, mandikan, bagi makan then after 1hour bagi ubat tapi lepas tu batuk2 muntah, then nangis, then muntah lagi, and bla bla bla.. Takpe la kan ambil pengalaman. Nanti dah ade baby sendiri senang :P

Lebih kurang 3:30ptg aku berehat sebentar bersame bantal kesayangan,,haha. Then mak aku balik.. so pukul4 lebih p klinik bawak Danish. Balik rumah duduk jap & mule sediakan bahan2 utk masak. Then tolong mak masak until 10mlm ++. Then aku ter pengsan until kul4 pagi tadi terjage (^__^). So jap lagi nak masak lodeh & p keje (^__^). Team C tunggu ye,, kite makan2 rendang same2 nanti :P


---------------------------------@@---------------------------------


Ape erti aidiladha itu sendiri? Ade banyak pendapat sebenarnye tapi yang aku tahu hari ini begitu istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Dalam kehidupan aku sendiri banyak pengorban yang dilakukan oleh orang sekeliling aku terutame keluarge.

Pengorbanan seorang ibu
My lovely mother... yang bekorban ape saje demi membesarkan anak2 nye. Disebabkan mak tak pernah pergi kesekolah, dia keje pun biase2 je. Ni ape yang aku nampak sejak kecik. Pagi2 bute mak dah bangun masak untuk sarapan & makan tengahari sekali. Dalam kul7 mak dah hilang (p keje). Kul 11 malam kedang2 baru balik. Banyak rumah mak keje.

Raye hari yang paling best. Mesti ade baju baru untuk 7 orang anak2 mak. Tapi kadang2 tengok mak sendiri takde baju baru. Tapi sebab tu masih kecik aku tak berape nak paham. Kadang2 mak siapkan baju anak2 dia tapi baju dia tak siap.  Jadi bile dah besar sikit. Masuk sekolah menengah. Dah pandai menjahit sikit2 aku tolong la jahit pe yang patut.

Terlalu banyak sebenarnye pengorbanan.... Alhamdulillah 5/7 anak2 dia masuk IPTA/IPTS. Jadi agak berbaloi pengorbanan tu. Bile kiteorang dah keje ni. Time ni la mak dapat melaram... whatever la kan.. ape yang penting I LOVE U so much much muchhhhhhh

Pengorbanan seorang kakak/abang
Banyak sebenarnye yang aku nampak..terutama kalau jadi abang @ kakak yang sulung. Macam along aku terpakse behenti sekolah mase umor 12tahun & bekerje untuk tolong mak besarkan kiteorang. Dia memang nampak garang sikit tapi yang penting hati baik. Jadi along kene tegas kot.. hahha.. tapi ape2 pun dia adalah along terbaekkkkk !!! love love love u (^__^). Jadi sayangi lah abang/kakak korang yang sebenarnyer banyak bekorban. Jangan dah berjaye nanti lupe diri sudah.

Pengorbanan seorang kekasih.. emmmmm lain macam ni.
yang ni aku rase kurang patut.. tapi aku jugak pernah. emmmm..
mungkin kadang2 kite berkorban sebab kite sayang tapi soalan yang paling utame BERBALOI ke?? kalau jawapannye YES ,, continue la dengan pe yang korang lakukan. Mungkin kite tak harapkan balasan ape2,, tapi hanye mengharap si dia hidup bahagia. Tapi ape pun yang korang korbankan jangan sampai 'terkorban' sudah. Aku menaip berdasarkan pengalaman yang aku sendiri lalui. Lagi2 perempuan, maruah diri yang paling penting. Sesuatu yang tak dapat dijual beli. Mungkin bagi seorang lelaki takde ape yang luak walaupun ape pun yang dorang lakukan but not for a women. Jangan sesekali bagi seluruh hati perasaan kasih sayang & segale ape yang korang ade sebab believe me korang akan menyesal (*__^). Ingat de satu iklan dalam tv tu.."Dalam dunia binatang tiada Manusia,tapi dalam dunia Manusia ada Binatang" entah pe2 kan... takde kene mengene dengan tajuk ni..hahha

Pengorbanan aku??
emmm takpe la.. hanye yang melihat mengetahui. Tapi ape yang penting pengorbanan itu ikhlas dan pade orang yang patut.

Pengorbanan haiwan2
mereka terpakse mengorban diri supaye korang kenyang.. hehhehe


hasil carian: google

p/s: apa pun. Jadi manusia jangan selalu mengambil kesempatan diatas kebaikan orang lain. mereka mungkin melakukan pengorbanan dengan seikhlas hati. Tapi kesempatan yang diambil2 berkali2 mungkin menjadikan pengorbanan yang orang tertentu lakukan menjadi tidak ikhlas.


Wednesday, November 10, 2010

Bengang

Alhamdulillah ...

Baru abis makan,, masakan yang simple tapi sedap --> nasi kosong, telur dadar, ikan masin, sambal tumis & pucuk ubi... penuh sepinggan makan. Tapi sebelum makan "Asiah sambal tumis tu pedas macam cili api" .. kate mak aku.

Reaksi aku "ok (*__*)" sambil mengurangkan sambal dalam sudu yang nak dituang dalam pinggan. Then makan punya makan punya makan.. emmm kenape sikit pun tak rase pedas. so aku tambah bersudu sudu & sudu sambal tu. emmm pelik ni. maybe sebab aku BENGANG!! sampai tak rase pedas langsung.

Cube korang tengok gambar kat bawah ni. eeeeeee.. benci benci benci nyerrrrr


Kalau korang tak perasan pe kejadah nyer bende ni.. meh aku bagi tau. itu kesan CALAR kat kete aku. Kat pintu belah driver. SAKIT ATI !!!! 99% ni keje orang. 1% aku tak tahu.

Aku tak perasan bila calar ni wujud. Se tahu aku pagi tadi mase park kat tempat keje tu, takde pulak kesan calar..bile nak balik je dah de.

Aku tak cari pasal. Tak cari musuh. Tak sentuh kete sape2. Sape buat ni !!! baik ngaku cepattttt !!!!!!korang memang briliant stupid !!! takde keje cari keje tak berfaedah. Idiot. Idiot. Idiot.

Dah la tempat yang dicalarkan tu baru cat last month sebab accident. huhhhhh !! Aku tau la kete aku tu biase2 je. Tak payah la korang susah2 nak cederakan kete aku lagi .. jahatttttt


Gambar kat atas ni pulak memang aku dah perasan 2 minggu lepas kot. Ni bukan keje orang. Keje kete kepada orang or who?? Aku ke?? tak mungkin same sekali.. Tapi *_*???. Dont know sudah.


-------------------------------------@@-------------------------------------


Rase2 nye orang2 ni memang takde keje kot. Last last last month,, bile ntah,, tak ingat. Colleague aku nyer cermin sisi & plat number kene cilok (kalau tak silap aku la). Agak2 pe dorang dapat dengan buat keje2 ni. Dulu kat sekolah kan dah belajar moral & PI ke. Tu pun tak paham2.


-------------------------------------@@-------------------------------------



Dah la tak mau bengang lame2. Kejap2 sudah. Meh enjoy gambar yang baru amek tadi. Before Danish tido ni la keje dia. Ada sikit gambar bape ari lepas & 1 video pendek. Ni pun atas permintaan Ms SK.


Video ni amek weekend lepas mase lepak kat Pedas. Nasib la ko kucing,,pagi petang siang malam kene hambat dengan si kecik sorang ni.

 Mangkuk & bakul memang favourite kedua dia selepas handphone



 "yes yes yes,, berjaye jugak aku menakluki bukit huggies"

" This is my new friend. But my aunty always take him away from me :("



 Tengok tu dua2 botol dia nak. Huhh kecik2 dah tamak ye. Dah la hari same aku makan betik dia tarik, padan kat tangan sebelah dia pegang betik jugak... emmmmm

 "hahha,, gigi danish dah tumbuh,, lepas ni leh gigit aunty"


Gambar ni baru amek tadi,, aku dah kate danish memang suke bende2 cmni,, *_*?? tak paham tul


-- sekian terima kasih --
good nite


Thursday, November 04, 2010

Aku tidak mencari kesempurnaan

 Bersyukur la dengan apa yang ada

Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ................

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu..Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.. Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya..Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL..



 ------------------------------------@@ ------------------------------------


Kate2 share2 link fb.. kalau la boleh i wanna be like that.. tapi memang senang cakap tapi ati susah nak terime. Kalau difikir2 kalau la leh ade function berikut kan best:

(1) Tekan button A: untuk delete memory2 yang tak best
(2) Tekan button B: Untuk mudah menerime
(3) Tekan button C: untuk sentiase rase bahagia,,happy ever after
(4) Tekan button D: anda fikir la nak tambah ape.. hahaa

Bukan kesempurnaan yang kadang2 kite cari sebab dah memang nyata manusia tak sempurna,, Aku tidak mencari kesemprnaan....cume ingin disayangi & hargai dengan seadanyer..
tapi.... emmm... ape pendapat anda???
 

Wednesday, November 03, 2010

Muhd Danish Syakir dah besar

Tiade kate2,, hanye yang melalui merasai (^___^)

so just enjoy de picture. TQ









Tuesday, November 02, 2010

Thanks to HATI

Ada yang kate cinte tak perlu dicari. Kerana cinte yang dicari akan hilang.
Ada pula yang kate cinte tak datang kalau tak dicari.
Ada pula yang kate tak perlu dicari tapi perlu berusaha.. ha!!! ade beze ke..

Tapi berdasarkan pengalaman aku rase ia tak perlu dicari. Memang ia akan hilang.

Jadi sekarang aku ade formula baru (tapi tak tau sampai bile formula ni akan bertahan...hahhaha). Said NO to COUPLE. Sebab bile dah couple kite akan memberi segala yang tak patut diberi. Konon nye demi kasih sayang. Ceh!! Tapi semo tu sebenarnye tipu helah je. Aku nak berkawan biase2 je,, leh tak.. hehhe.. And 1 more thing ---> never ever serahkan semo kasih sayang before getting married. Sebab untuk ape semo tu. Kalau hanye sakit yang kite dapat. Kita happy, tersenyum sorang2, ingat dia siang malam. Tapi semo tu time in love je. Then bile kite putus, time tu nak menangis meraung, bersedih tak tentu pasal. Kemudian tertutup hati untuk menerime cinte lain. Then bile jumpe cinte baru the same process will repeat again. Especially perempuan -- >

"Everyone’s heartbroken nowadays. But I mean, we all just have to move on. What’s the point of reminiscing when you know the person is no longer worthwhile; when they’re no longer who they used to be? When their heart is somewhere else? Do you think they still care for you, or...are still thinking about you? Because frankly, they don’t. (anonymous)"

So i have no reason to feel that way again. Aku tak kan mencari lagi tapi hanye akan memberi kepada yang berhak untuk menerima (^__^)

Aku juge berpesan pada diri --->
Aku akan cube tak tersalah memberi hati
pada dia yang sebenarnye tak sudi
pada dia yang hanye anggap aku angin yang menyape
pada dia yang tak pernah nak mengerti
kerana aku sedar sekali aku memberi selamanya dia dihati
kerana sekali aku dilukai sampai mati tetap aku ingati
jadi aku akan cube berhati2 dalam memberi hati
sebab ia hanya untuk insan yang tau menghargai
aku dah sedar sekarang
betapa tingginya nilai sekeping HATI


dari google

----------------------------------@@----------------------------------


Pada kawan2 yang nak kenal2kan aku dengan kawan2 korang ---> thanks alot. Niat baik korang memang saye hargai. Bukan saye tak cube. Dah try sekali dah tapi tak terdetik sikit pun hati ni. So malas nak try 1 more time.. hehee.. Insy' kalau ade jodoh nanti jumpe sendiri dengan dorang (^__^)

Aku tau jumpe sekali maybe tak membuat hati berdetup berdetap. Aku tau jugak tak semo cinte is 1st sight. Tapi jodoh ditangan nye, even aku mengelak kali ni. Kalau dah jodoh tak kemane.

Pada abg R & abg A thanks alot untuk nasihat2 & sanggup dengar bebelan saye.. sebagai kawan sebagai adik sebagai colleague ---> thanks again.

Sayang korang semo (^___^)

Friday, October 29, 2010

Love letter for my future husband





Buat dia yang akan hadir sebagai my further husband..

saye bukan mencari seorang yang sempurna
cume selepas ijab dan kabul, saye hanye mahu awak
meminjamkan telinge untuk mendengar suare hati saye
menemani saye dikala moody
mengenggam tangan saye bile saye tak keruan
memberikan bahu awak untuk saye bersandar bagi menghilangkan segala kesedihan

buat awak my further hubby
bukan saje dikala gembire tapi bile saat2 duka juge
saye mahu awak ade disisi saye seperti mane saye disisi awak
kadang2 berade dipelukkan awak akan buat saye rase tenteram
cukup jugak kalau awak dapat tersenyum
senyuman awak pasti buat saye bahagia (^___^)
saye harap tangan awak boleh menghapuskan
segala airmata saye

buat awak yang akan bergelar imam dalam keluarge
awak tahu tak ape yang paling penting...
awak dapat menjadi imam saye hingge akhir hayat saye
saye tahu kadang2 solat saye pun tinggal
saye harap awak tak penat menegur saye
saye tahu kadang2 saye blur sikit
tapi saye harap awak tak jemu
saye harap awak tegur saye baik2 sebab saye
dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok
kalau terlalu keras mungkin saye akan memberontak
saye tahu saye memang keras kepale
tapi saye pasti hanye dengan care lembut awak
yang dapat membetulkan saye

buat awak yang akan bergelar suami saye
saye tak mintak banglo sebiji
cukup lah kite share2 beli rumah teres & condo 1 leh.. (^__^)
saye tak mintak hari2 kita makan kat hotel
tapi saye cume harap awak tak jemu rase masakan saye
even kurang sedap, saye cube blaje ye
saye tahu kadang2 saye memang malas masak
tapi kalau awak dapat masakkan saye sekali sekala.. best jugak

buat awak my future husband
saye bukan materialistik
cume kite hidup dibumi nyate
sudah tentu saye mahu awak bekerjaye
sudah tentu juge saye ingin awak menjadi seorang yang dapat saye hormati
kerane dengan itu saye pasti kate awak saye turuti
kerane saye tahu syurga saye ditelapak kaki awak
tapi saye tak harap awak terlalu ego hingge kate saye awak tak endahkan pulak

buat awak yang selalu dihati saye
saye tak mintak awak belikan hadiah mahal2
saye insy' leh shopping sendiri,, tapi sesekali
ape salah awak topupkan,, kate sayang isteri (^__^)

buat awak yang saye hormati sebagai suami
saye harap awak sentiase menyokong saye
saye suke bekerje, saye tak nak jadi full time housewife
saye harap awak sokong kerjaye saye
saye nak belajar lagi.. leh kan..
harap awak sokong jugak
mungkin ade mase awak kat rumah saye takde
tapi saye harap awak tak sunyi
saye harap awak tak pasang spear tyre kat luar pulak
awak tahu kan dalam hati saye hanye ade awak je,,
kite leh bincangkan kan how to spend quality time together kan

buat awak yang tersayang
saye tahu saye ade ramai kawan lelaki sekarang
harap awak tak cemburu tak tentu pasal
sebab saye cube jage batasan saye selepas bergelar seorang isteri
saye juge harap kite boleh memahami satu same lain
kalau ade salah silap same2 lah kite tegur menegur
bukan bergaduh tak tentu pasal
awak & juga saye pasti ade kekurangan & kelebihan
kite bersatu sebab kite ingin melengkapi antare satu same lain

buat awak yang tercinte
saye harap awak dapat menerime saye seadenye
sebab saye sedar saye hanye gadis biase
yang penuh cacat & cele

buat awak my love
banyak lagi yang ingin saye katekan
tapi cukup lah sampai disini buat kali ini
insy' menyusul 'love letter' untuk awak lagi
saye harap satu hari nanti kite akan bertemu
sebab dah lame saye hulurkan tangan saye
untuk awak sambut & membimbing saye kearah kebenaran

Tuesday, October 19, 2010

"Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Salam (^___^)

Terbace satu cerita yang membuat hati saye tersentuh *_*" .. dan tersedar seketika ^__^


----------------------------@@----------------------------


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "


Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..


Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.


"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.


"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."


Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.


Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .


Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.


Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.


"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..
"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.


Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Setengah orang berkata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."


Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....


----------------------------@@----------------------------


Kasih ibu..tak ada pengakhiran..tak seperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akan dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

Tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak yang dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

Lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

Lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(


IBU...

EMAK..

MAMA..

UMMI...

MUMMY...

MUM..

Semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada yang terbaik selainnya..

Wahai muslim dan muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dari insan yang tak halal bagimu..
bila kamu terfikir untuk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lagi andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sebagai anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkan dan mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pengorbanan yang tak mungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)


sumber: Amirul Mukminin

Monday, October 18, 2010

KAMI ber picnic + ber exercise



Salam reader (^___^)


Mari menikmati gambar2 KAMI

Perancangan telah dibuat awal ---

Lokasi kami adalah Beach Resort, Port Dickson, N9

tetapi

Di saat akhir telah di tukar ke

Sg Gabai @ Gabai Waterfall, Hulu Langat, Selangor

Ape3 pun KAMI enjoy!!

PACKage = picnic + exercise


 Memang best,,Gabai waterfall di negeri kelahiran ku (^__^)
"Yang ada hanya dirimu
Tepi sungai yang kering
Riak air tak nampak"

 
--------------------@@--------------------

Seperti yang ditetapkan KAMI berkumpul di rumah SAYA pada jam 10:00pagi. Kemudian huhahuhaa KAMI bertolak lebih kurang jam 10:30 -- perjalanan mengambil mase lebih kurang 40minit -- setibe di lokasi yang ditetapkan KAMI terus bergambar selepas membayar RM1 sebagai yuran kemasukan -- heheee --


Hey Ladies
"Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur"

--------------------@@--------------------

Kemudian KAMI berjalan menaiki tangge2 yang telah disediakan oleh pihak tertentu -- huhh sangat penat -- banyak nyer tangge!!!! sampai hari ini betis saye masih sakit!!
Kami berhenti di checkpoint2 tertentu untuk bergambar ,, untuk menghirup udare segar ,, dan juge untuk menikmati alam semulajadi



 
 Kami menghirup udare segar sebelum meneruskan perjalanan untuk menakluk puncak sg gabai

"Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta
Hoo..Hooh"


--------------------@@--------------------

Setelah abis peluh berjurai2 sebab mendaki anak2 tangge sg gabai -- perut KAMI tersangat la lapar -- KAMI cepat2 membentangkan tikar ditempat yang telah disediakan dan kemudian mule membongkar bekalan2 --> berbekal kan mihun yang saye masak & buah2an,, sandwich hotel beserte jajan2 k.yani,, jus charm,, air bergas nik,, kami pun makan la dengan penuh sopan santun



Sedap sandwich hotel yg k.yani buat ni..yummmy
"Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Org kita mati kerna banyak makan"

--------------------@@--------------------


Perut dah penuh KAMI pun terjun la -- pe lagi ark --
Dah penat terjun sane sini -- makcik2 kat bawah ni mule la berbincang topic2 hangat -- 
sambil diselang seli dengan lagu2 yang menggegarkan sg gabai


Makcik2 mengumpat sampai berendam.. hahaa3
"mari mari kite bermesyuarat sampai menyelam"
 
--------------------@@--------------------

Kemudian aksi2 model sungai dimulekan -- banyak gambar tapi takleh la letak semo ark
bergambar & KAMI tidak  boleh dipisahkan

Berposing sakan
"I'm the new, I'm the new, new model
of course I got something inside"



--------------------@@--------------------


Nampak tak dua orang kat bawah ni -- 2 orang calon untuk 2 duyung

Berenang jom!!!
"Aku puteri duyung menanti cintamu
Akan ku bawamu ke alam ku
Aku puteri duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu"

(sukeati aku je tukar lirik lagu ni..huhuu jangan mare wahai penulis lirik)


--------------------@@--------------------

Best jugak duduk bawah air terjun ni tapiiiii
sakit badan menahan dari terjatuh,, makin lame makin laju air ni 'terjun'

Takde lirik so tengok komen dibawah dah la yer --->>>

--------------------@@--------------------

Kami juge bermain gelongsor -- dah macam roller coaster -- best2 -- Kemudian saye belajar berenang -- heehee dah besar panjang baru nak belajar -- sebab sebelum ni fobia sikit dengan tempat2 yang dalam ni (*__^)

Ini ialah Cikgu Yani --->> cikgu renang saye yang pertame,, huuhuu
"Nak enak-enak berenang rame-rame
Sik asyik-asyik memang asyik
Nak enak-enak berenang rame-rame
biar badan tetap sehat" 

--------------------@@--------------------

Selepas puas mandi,,terjun,,main gelongsor2,,
berenang,,menyelam,,makan,,berjalan,,terjatuh,,bergambar
kami pun menyiapkan diri dan bertolak balik kira2 jam 3:50 petang.

 Kemana destinasi seterusnye agak nyer yer???

 
Sekian wasalam


Nota KT: credit to nik & Charm for de picture 

 


Sunday, October 17, 2010

NO motif = cacamerba

Salam..............Morning cayang (^____^)



Hari ini memang takde topik tertentu,, aku hanye nak menconteng arang sikit kat blog ini..


Jam di desktop computer menunjukkan jam 17:03UK time..ini bermakne waktu Malaysia ialah 00:04 tengah malam.. Baru aje settled kan 1 keje - called support,,terminated job and bla bla bla...Emm now ,, wat to do ya.. Tadi jam 23:30 dah take my dinner and have a cup of Anlene Milk. Sebut lagi sekali... ape?? Ya Anlene berperisa coklat.. sungguh kurang enak..tapi nak buat camne kan,, orang2 yang tulang tak kuat cam aku dipakse minum minuman ini --->>>>





Ayat ni aku terpandang kat ANLENE web "Try dancing or walking to help maintain your bones"

Kalau dulu waktu awal2 20an yela rajin.. selalu jogging & lepak kat taman ,, kalau rajen jogging la ,, kalau agak2 malas aku just pijak batu2 reflexology tu jer.. (^__^) ..

Lokasi feveret: Tasik Pemaisuri

tapi sekarang

Lokasi feveret is katil = tido adalah aktiviti paling besttt ,, hehheeh

Dulu abes jogging aku ajak my lovely mum makan nasik lemak.. hahaaa selalu camtu dulu... so jogging + makan = takde perbezaan = menten = hahahaa bagus!!


 (ni gambar rajah waktu dulu kala, sekarang exercise tu tarik kua dah ^__^ )


So untuk kome2 yang malas sangat tu sekurang2 nyer Walking 30 minit sehari ok la untuk jage kesihatan untuk aku juge,,hahha.. hehee.. Tapi dulu aku suke lagi berlari dari berjalan (dulu la).. lagi2 larian 5km - 10km... hehhe.. syiokk beb.. tapi tak penah menang pun larian jarak jauh ni.. paling power pun tempat ke 20 jer.. :((( --->> sebab tu kot aku suke lari dari orang2 tertentu sekarang.. haha.. sampai penat gak la kekadang ..tettttt


Kalau cite bab jogging ni memang banyak sangat pengalaman nyer. Waktu kat U dulu mase jogging penah kene kacau dengan lelaki pervert,, terkejut giler kiteorang,, pe lagi kadar kelajuan bertambah la dari 10km/h jadi 100km/h ..haha... kalau time tu aku tak terkejut,, mesti aku dah tendang je moto mamat tu.. bengongggg tul!!


-------------------------------@@-------------------------------



Kalau cite bab dancing  lak ,, waktu zaman persekolahan dulu memang ade masuk kelas tarian - besttt !!! tapi mase tu malu2 lagi.. uishhh... so tarian ala2 sopan gitu,,


-------------------------------@@-------------------------------

Zaman2 belajar rajen la masuk itu masuk ini.. camping sane camping sini.. jawatan itu jawatan ini.. jangan tak tau dulu aku pengawas yang paling tidak ditakuti.. hampeh jer.. orang pengawas garang,, ni sopan sangat,, sampai takde orang takut langsung!!


 (bergambar bersama dengan kawan2 baik  ^__^ )


Tapi sekarang zaman kemalasan,, zaman berubah,, hidup pun berubah.. aku tak la sesopan dulu & aku pun memang tak nak jadi sebaik dulu sampai senang dipijak2.. Bab kata Victor Frankl yang kata2 nye selalu ade kat fb aku "When we are no longer able to change a situation, we are challenged to change ourselves" - now I'm challenge myself -- hehee


Tapi bukan bermakne aku nak jadi jahat. Cume aku nak berubah sikit je supaye aku tak mudah diperlekehkan. Jangan anggap aku senyap jer aku terime je pe yang jadi,, cume aku malas nak layan bende2 yang tak mendatangkan faedah buat aku.. heheheee..


Lagi2 ayat yang selalu dok terpapar kat fb aku jugak "kite boleh berubah kalau kite mahu..kite mungkin pernah membuat silap & mungkin kite pernah tersalah langkah tapi DIA beri kite jalan & ruang untuk kite berubah"


Opsss... continue sikit.. aku p break tadi.. makan lagi.. giler la..tadi dah makan,, ni makan lagi!! Ok la sekarang jam menunjukkan 21:58UK@04:58Msia.. so kite berhenti disini .. salam bertemu kembali...



Nota kakitangan:  Make a point, stand up straight, go forward with it, and defend your principles - Jadikan kepercayaan pada Allah itu sebagai perisai diri daripada kehancuran




Wednesday, October 13, 2010

Saya Mahu DIA balik

Ramadhan dan Syawal telah berakhir... masuk bulan baru lagi hanya dalam sekelip mata segala nyer berubah... dulu ak 6 tahun sekarang 26.. huhuuu..



Assalammualaikum & salam sejahtera saye dengan ini,, ingin mengucapkan marilah kite bersama-sama.....

DIA lari lagi.. memang dalam setahun ini makin lama makin jauh,, aku sendiri tak tahu macam mane nak kejar. Emmmm aku sebenarnyer tak perlu mengejar kot,, cume aku rase aku perlu refresh balik diri aku.. aku rase macam diri aku dah hampir hilang.. hilang ditelan zaman ke...huhuu


Nak tahu ape yang aku KEJAR?? apa pulak yang aku CARI?? apa pulak yang nak di REFRESH??

Emmm...




F.O.K.U.S
F.O.C.U.S
A.T.T.E.N.T.I.O.N
T.U.M.P.U.A.N
P.E.R.H.A.T.I.A.N



Aku pun tak tahu la apa dah jadi... makin lame i think... i am getting worse.. do i??? ye la kot.. since last week macam2 jadi.. aku rase teruknyer....apa pun aku bersyukur sebab aku masih diketogeri kan dalam orang2 yang beruntung... HE's knows better..... hari ni pun same langsung tak dapat nak tumpukan perhatian mase training,, asyik kene tegur je.. MALU.. tq yer miss seri kembangan,, kerane bersabar dengan karenah saye mase training tadi.. heheeee




So.. i promise to ---> MYSELF---> aku akan dapatkan DIA balik!!! Saya mahu DIA balik!!!




Nota KT: dia hilang bila dikejar,, dia datang bila tak diharap,, ape la kene mengene dengan tajuk ni kan.. hahaa.. tapi yang pasti yang dikejar dan yang diharap aku akan dapatkan --- >> FOKUS

Thursday, September 16, 2010

Apakah makne SYAWAL pada kamu

Syawal datang lagi .. yang mane semesti nyer selepas berakhirnye Ramadhan.. sekejap sangat mase berlalu sampai rase macam baru sehari berpuase.

Bila ada Syawal maknenyer ade la RAYA... "bangun bangun bangun,, RAYA" tu la kate2 aku mase kecik, subuh2 dah kejut adik2 untuk meround kampung .. "la dua posen je" hahaah tu la atr komplen2 yg terkeluar bile dapat duit raye sikit... zaman berubah.. kalau kite bagi duit raye setakat singgit bebudak sekarang pun akan cakap bende same "singgit je"..... so kene la prepare lebih :P


RAYA tahun ni macam tahun2 lepas... tak la meriah mane.. yela kalau kecik2 excited nak round kampung untuk mengumpul duit... bile dah besar makne raye dah berbeze..tapi yang best sangat2 melawat sanak saudare, kawan2, bf2,,he3...

MAKNE nyer-->

(^_^) memang RAYA disambut selepas berjaye menunaikan ibadah puase di bulan Ramadhan--of cos kan.
(^_^) berkumpul ramai2 adik beradik -- fam, melawat sane sini




(^_^) bermaaf-maafan





(^_^) makan oh makan jer


(^_^) nak kene kuar banyak duit dari bulan2 lain of cos $$$$$$ ~ kawan aku penah kate money is not everything but its sumthing


----------------------------------@@@@----------------------------------


 rutin yg hampir same tiap tahun ---

--@> sehari sebelum raye - baru shopping barang2 yang belum dibeli
--@> malam RAYA masak sampai kul3 pagi
--@> bangun kul6.30 pagi mandi -- siap2kan breakfast RAYA & makan
--@> pagi RAYA sembanyang raye kat masjid kg. cheras baru
--@> 1st day RAYA juga meround umah jiran2
--@> malam 1st day RAYA bertolak ke Rembau--umah mertua akak -- main mercun & makan -- go to pedas umah akak
--@> 2nd day RAYA to simpang umah makcik2 & pakcik2 & cousin2 & bau2 bacang & sebagainyer
--@> 3rd day RAYA.. melawat kubo arwah atok kat simpang renggam.. then mak & makcik bertembung dengan kawan lame...wak2 jawe kok berborak kisah2 lampau --> then go umah mak ude at Taman Sri Amar then go to Johor jaya rumah pak ngah..
--@> raye ke-4 : - melepek, teruskan perjalan ke simpang semule then ke rumah makcik & abg kat melake ~ bertolak balik ke KL & arrived at 00:15-raye ke-5
--@> raye ke-5 :( sakit ~ seharian baring & tengok tv jer
--@> raye ke-6 cehhh OT la ... keje ~ x pe2 duit masuk
--@> raye ke-7 tido sebab baru balik keje then beraye umah member sekolah ..

Yang seterusnyer...... melawat umah mak mertua.... huhu

ok la pe pun makne raye pada anda yang penting kite ENJOY !!!!

salam aidilfitri buat semua semua & semua... segala salah silap, tersalah anggap, terlepas kate, tersinggung perasaan, ditolak & menolak & tertolak, termakan, terminum, tersepak, pe2 je la yang membuat ati korang terguris terhiris ... cik mintak maaf na... he3...

jemput datang raye bile time saye tak keje ye... tinggal 23 ari je... alamat?? nak set mase?? facebook kan ade...dadadaaaaaa :P


Monday, August 23, 2010

~ Baru .. New~



Move it move it :party

 rock babeee...


too many thing to be move and pull out... hehe

--------------------------@@--------------------------

keje tempat baru.. suasane baru dengan... jalan yang di explore baru... memang dalam hidup kite akan sentiase ade yang baru... mule2 sebelum pindah sini asyik merungut je.. yela nak kene pindah tempat keje baru. jauh pulak tu.. kos bertambah.. alaun belum tentu bertambah... OT kene potong?? yeke.. =(
x bestnyer~ ~ ~ x nak OT!!!!

tu la buat assumption banyak sangat.. but then lepas mule keje tempat baru.. best jugak la.. dengan suasane & angin yang baru.. hirup udare yang berlainan.. so far so good.. tak semesti hijrah x baik kan.. maybe yang baru buat kite lagi bahagia & senyum hari2.. & maybe tak hahaha .. but HE know de best 4 us.

bulan2 puase ni macam2 bende baru jadi.. alhamdullillah... bulan baik kan.. harap hati aku dapat terime yang baru2 ni... ~love it~ memang kadang2 kali asyik teringat yang lame tapi aku percaye HE know de best 4 me.. :party

SO LETS MOVE IT... =)

Friday, August 13, 2010

Who said its EASY

I LOVE U




Salam Ramadhan buat kawan muslim... and ... selamat sejahtere cikgu.. he3..

"Ko dok dengan mak ko,, dengan family,, senang la... tak payah sewe menyewe.. tak payah itu.. tak payah ini"

Pernah tak kawan2 korang cakap camni kat korang??

He3,,, aku penah je.. memang ade betul nyer korang cakap tu.. tapi tahu tak 1 bende yang paling susah bile duduk dengan family? .................. MENJAGE HATI... inilah perkare paling susah aku rase..

Hati ibu cepat terguris.. maybe kite nampak biase je.. tapi even we say "ahhh" kat ibu kite .. dorang akan terase.. tahu tak betape berdose yer bile kite buat ibu terase???? tak cium bau syurge kalau ibu tak maafkan..

Itu la yang aku paling2 takut. Aku rapat dengan mak aku. Tapi bab2 nak mengadu ni x de la. Sebab dari kecik memang dah terbiase bab2 nak mengadu2 ni.

Aku kekadang rase bersalah sangat,, bile mak tanye something aku jawab endah tak endah bile time aku tension or tengah de problem or pe2 la... aku sebenarnye sedar mak aku terase.. huhu.. "mak mak mintak maaf ye" I LOVE U SO MUCH

Luangkan la mase even sekejap je untuk parents kite,, family kite,, dorang lagi penting dari kawan2. Betul, memang kawan2 penting.. tapi family 1st, kawan then baru bf/gf.. he3.. sebab ape2 jadi at the end of the day sape akan tolong kite?? slalu nye family...

Ni aku tengok ade setengah2 orang tu, dok dengan family tapi asyk hilang je. Nak bawak family kuar makan 1-2 bulan sekali pun payah. Dorang bukan nak sangat duit korang,, cume parents ni nak kite luangkan sikit je mase tok dorang. Duduk kejap borak2 5minit pun jadi la.

Mase kecik pun dorang susah payah jage kite kan.. he3.. lagi2 aku yang kuat sakit mase kecik ni.. sian mak aku tak cukup rehat jage aku..

Yang dok jauh jangan lupe sesekali telefon tanye kaba... kalau dah keje kirim2 la duit sikit.. he3.. tanye je mak sihat? dah makan? cukup la.. :)

Bukan mak ayah je,, kekadang hati adik beradik pun susah nak jage.. aku ni pulak jenis moody.. contoh adik aku kate "nak mintak tolong hantar p..." aku kate penat la & bla3.. tapi aku p hantar jugak. Aku pun tak tau kenape reaksi aku camtu.. padan aku sayang sangat kat dorang.. he3 malunyer pengakuan ku ini..

So kena pulak bulan ni bulan Ramadhan.. aku nak berubah........doa2 aku jadi yang lebih baik.. okeh..
ameen..


p/s: untuk ingatan aku jugak & kawan2

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan datang lagi



Ramadhan datang lagi.... :)

 
-----------------------------------@@-----------------------------------


Salam Ramadhan buat kawan2 ku yg muslim...

Hari ke-2 berpuase,, emmm.. panas cuace.. biase la ni la salah 1 dugaan bagi mereke2 yang berpuase. Banyak sangat nak share tapi kalau share semua penat pulak ang semo nak bace (hehehee,, perasan ramai orang blog saye konon..he3). Huhuuu hari ke5 bercuti dari keje rase cam malas nak p keje dah...ha3.. yes3 lagi 3hari nak cuti....

Puase memang antare hari2 yang ditunggu sebab ni la bulan rahmat untuk aku memohon segala keampuanan diatas kealpaan aku (emmm...tak betoi sebenarnye,, bile buat salah terus mohon maaf tau!!)

"hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi"

-----------------------------------@@-----------------------------------

Jom kongsi pengalaman2 berpuase nak??

"tak nak tak nak"         hahha3 nak jugak..

Dulu mase kecik2 aku pose sebab mak bagi duit kalau pose..he3.. lagi2 mak kate "tak pose tak leh raye"
hahhaah aku mesti la nak pose ,, nnti orang lain kua kutip duit raye aku kene dok umah je..hahha
Mase kecik2 aku gak suke beli kat uncle mamak,,yang bawak moto + bunyi pon pon pon tu.. so dah terbiase beli,, time pose asal bunyi pon3 je aku kejar moto uncle mamak & beli cekedis.. sampai kekadang aku beli terus termakan even mase puase.. ar tu cepat2 la ludah balik (tak batal tau pose,, sebab tak sengaja,, korang jangan sengaja pulak buat cam tu ye)

-----------------------------------@@-----------------------------------



Kenapa aku suke sangat puase??

Banyak sebab sebenarnye,, ... aku ni keras kepala sikit,, and slalu moody... aku suke marah2 bile geram.. tapi bile puase ni aku banyak bersabar sikit .. sebab aku sedaye upaye nak jage puase aku. Bile terase macam nak marah .. pe lagi istifar la banyak... huhhh.. lepas bulan puase tak tau la leh tahan marah lagi ke tak..he3..harap3 la boleh..


Bulan ni jugak bulan nak mendekatkan diri denganNye.. aku slalu je sedar aku slalu buat salah.. lagi2 bab2 agame.. manusia... huhhhhhh alpe je.. bertaubat buat lagi bertaubat buat lagi.. aku nak cube perbaiki diri aku sebaik mungkin... ameen... ciao ciao ciao

Sebenarnye dengan berpuase kite dapat menjage kesihatan diri kite.. perut berehat.. tak percaye?? pe lagi tanye la pakcik google.. doctor sendiri de cakap fakta2 tentang perkare ni...

Time ni jugak la de reunion & macam2 majlis amal & agame untuk aku meng involve kan diri... jumpe kawan2,, yg dulu jumpe umo 12 tahun sekarang jumpe balik.. bawak anak 12org.. hhehhee tipu je paling banyak anak 2 jer...



 
-----------------------------------@@-----------------------------------


 
Miss sri kembangan.. camni x de idea dah..???

Miss sri kembangan: Miss Blog awak leh berehat dari ber blog.. saye tahu awak penat sebab lame bercuti kan...
Miss Blog: terima kasih kerane memahami.. ha3.. bye3