Jom Klik

Tuesday, June 29, 2010

Dua dara layan lagenda budak setan


hulala hulala hulala....
Before ang baca entry kali ni ang pasang lagu atas ni sebagai iringan entry ni  .: bila cinta (ost lagenda budak setan) nyanyian Gio :.


Jom mule bercerite......
Tersebut la kisah hari ini dua orang anakdara yang tengah berduke cite menghabiskan mase melepak bagi me'release' kan segale tekanan2 yang ade...

Hari ini hari aku lepak berdua dengan cik nik @ niki @ yana... atau name penuh nye cik nik syazwani elyana....

Lokasi Per-1 : Atos Origin, Cyberjaya


Sebab aku telebih rajin hari ini aku p teman cik nik p cyberjaya, p test system. Aku lak sambil menyelam minum air... tengok tempat bebudak Atos TPM akan dipindahkan tak lame lagi... leh tahan jugak tempat dia,,, tapi best lagi TPM kot... hehhehe

-----------------------@@-----------------------

Lokasi Ke-2: Pavilion


Sampai2 je Pavilion kiteorang terus serbu kaunter cinema,, sebab lagi 10minute je cite pilihan hari ini akan bermule.. so cepat2 beli dua tiket, p toilet, beli makanan (tak sempat lunch tadi, so dalam wayang pun jadila)

Mule2 cik nik nak tengok cerite lain,, tapi sebab aku lame tak tengok wayang melayu,, aku memakse rela cik nik tengok cite ni jugak,,

Layan jugak tengok cite ni, lagi2 dua2 tengah berduke cite :(
Adus... tak sangke lak air mate cik nik mengalir2 macam air terjun mase tengok cite ni :( :( :(
 [kenepe sedih sangat cik nik,,, takpe2 ye nanti saye mintak 'tunang fb' awak pujuk ye]

Opsss aku tak nangis ye, aku sedih sikit jer.. hahhaha

Tak caye??? cube tengok tul2 mate nik tu,, baru lepas sapu air mate la tu..
Relax ye cik nik,, jangan sedih2 nanti kite lepak swimming pool ye... release tension lagi...

-----------------------@@-----------------------

Dah abis sedih menyedih jiwang berjiwang dengan cite lagenda budak setan, kiteorg p meronde 1 Pavilion tu dari 1 kedai ke 1 kedai,, sebab budjet tak banyak kiteorg just cuci mate... kat 1 kedai ni kiteorg amik2 gambar,, hehehh tak pasal2 kene sound pulak..huhuhuhhhhh
   
'

Tengok la,, comel tak kiteorang ... konon2 cute la buat camtu kan,, tetibe je de sorang mamat dari belakang tegur.. ingat nak tackle nik tadi... rupe2nye dia kate "sorry miss, no camera here"...huhuuhuhu

Walaupun kene tegur, kiteorang ok je, tak rase pe sebab masing2 tengah sengal hari ni... kat kedai ni kiteorang sempat beli dua bende.. tengok bawah ni (huhuh membezir tul korang ni.. bende2 cmni pun nak beli)


Nanti mesti ang yang 1 tempat keje dengan kiteorang nampak katak tu tergantung kat Atos's tag

-----------------------@@-----------------------
Then kiteorang continue p 1 lagi kedai ke 1 kedai..Pastu aku terpandang 1 beg pink ni.. memang la niat taknak shopping,, tapi dah beg tu murah kan,, lagipun bile beli barang ni leh hilangkan rase sedih (tul ker?? pandai2 je aku ni) so rembat je la


Then jumpe lak cincin yang bersinar2 dan menarik perhatian aku..
so aku pe lagi "nik2 cube tengok cincin ni ,, lawa kan" (ayat untuk hasut supaye beli same)
Dari 1 color ke 1 color kiteorang try test,, dah agak2 jumpe yang bekenan,, rembat je la..


 Nak tunggu cincin orang lain sarungkan lambat lagi kan.. so gamak nye beli sendiri la..





-----------------------@@-----------------------
Jalan punye jalan, perut berkeroncong la pulak... p la usha2 kat foodcourt...
ar tu terjumpe nasi lemak ni,, macam best jer,, so rembat jugak la

Sebelum

Selepas

Tengok gambar atas tu,, licin jugak la,, menunjukkan petape lapar nye aku..hahah

Korang leh test makan nasi lemak ni leh tahan RM10 je...tapi aku lupe name kedai tu..tapi ade perkataan IPOH la kat situ

-----------------------@@-----------------------

Dah tu masing2 dah penat .. berangkat pulang la.. esk pagi aku pun nak keje...

 

thanks cik nik jadi driver hari ni,, so leh la cik tido otw ke umah..

Ok la malas nak cite dah sambung nanti2 je ye.... aku pun jiwe tengah kacau jugak ni...
so berangkat dulu la ye... daaaaaaa



Monday, June 28, 2010

Menunggu membuat pilihan -Part 2-

sambungan.......

Tetibe aku teringin buat post dalam bahasa orang puteh...or mak aku kate english..
Jom kite sambung ape yang tetinggal that day...

sebenarnye keputusan telah lame dibuat,, cume samada keputusan tu betul atau tak... dan samada i still want to stand with that decision or not...

I only can pray that everything happen are the best even now............................................. it hurt me..

I also pray and hoping and hoping and hoping...HE will show me a 'wonderful way' right after this.

---------------------@@---------------------

Sometime I'm wondering why we still can withstand and waiting for someone although they already destroyed all the reasons that make us to stay..

Give me one reason to stay here
and I'll turn right back around
Just give me one reason
Give me just one reason why
Give me just one reason why I should stay
Show Me Where I Belong
Give me just one reason why I should stay

---------------------@@---------------------

All of these thing sometime make me unhappy,,, so i have to do something to make me happy... HOW?

Lets check the next post. :)

101 reasons to stay single

101 reasons to stay single (click here to read more)

Hehhehehe...

Pesanan hikmat masyarakat:-

Segala yang tersenarai dalam '101 reasons to stay single' adalah menurut pendapat penulis. Pendapat kite masing2 berbeze. Jadi pepandai la.. aku amik link ni pun sebab antara 101 reasons tu ade beberape yang aku setuju,,, but..............

------------------------@@------------------------

of course la i dont wanna be single until end of my life... now i wanna be hunter (cari my mr right la)... actually not mr right la but just looking for someone who i can share my life with and someone who can make me happy so i no need to stay single... ahahkzzz and find someone who (kate2 kat bawah ni aku bace kat sarah's blog tapi aku setuju 100%).......

"Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep… wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you’re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky his is to have you…. The one who turns to his friends and says, “that’s her." (owhhh bestnye,,, tapi macam tak wujud je orang camtu ;))

Sunday, June 27, 2010

Menunggu membuat pilihan -Part 1-

Aku penah gak ter pk berape banyak agaknya masa aku habis untuk menunggu dan menunggu.

Ang semo pun same kan????

Tunggu bus, tunggu hujan turun, tunggu bila gaji nak naik lagi + bonus, tunggu si dia yang tak sampai2 ni (rase nak cepuk jer)... dan tunggu my mr rite, tak pun tunggu bila bulan nak jatuh ke riba.

Bak selalu orang kate penantian sebuah penyeksaan. Bukan orang lain je berkate2,, aku pun same...
Bukan setakat sekse, semua perkataan2 dalam kamus dewan bahasa yang menyakitkan semua ade.. sakit hati, sakit jiwa, makan ati, makan dalam (aku ni pepandai je,, ade ke dalam kamus dewan bahase???)

Dulu aku banyak menunggu dan menunggu,, dari soal hidup sendiri, soal kerjaya dan lebih2 lagi soal hati. Banyak kali jugak hati kene soal tapi aku sampai sekarang pun tak de jawapan. Hati aku ni satu hal tak penah nak bagi jawapan yang betul!!!!!

Dulu penah gak aku tunggu someone bertahun tahun tahun tahun.......................sebab.......

I try to talk to you, but I don't know what to say. I am afraid you don't want me to say anything. So I don't. But inside of me there are words waiting to come out. And tell you how I feel-like how I miss you. And how I love you despite my broken heart. And how I need you in my life.  And especially how much I want you. But those words may forever stay in my heart-locked inside. Sometimes I wonder if there are words locked inside you too... but I'll never know.....
(peduli la ang nak kate aku jiwangz @ diawangan2 ke,,, dalam hati ade taman ke,, whatever...)

Ar tu dah penat menunggu aku tanye diri aku sendiri sampai bile nak tunggu???

Jadi aku bagi diri aku dua pilihan:
(1) menunggu seseorang yang aku cintai???
(2) mencintai seseorang saat ini dengan setengah hati???

So sebab mase tu akal aku tak bape nak panjang aku buat pilihan kedua...lagipun penat maaa menunggu...

Tapi kalau ang semua jadi aku ape pilihan ang?? Ang rase betul ke pilihan aku??

------------------------@@------------------------

Mesti ang semo de jawapan yang berbeze2 kan. Sebab ape pun keputusan ang, tak semesti membawa kebahagian dan ade kemungkinan buat ang bahagia sampai akhir hayat. Hidup ni satu perjalanan yang takde hentinye sampai la ang menarik nafas yang terakhir. Setiap orang yang ang nampak bahagia mesti ade duka disebaliknye. Dan kalau ang penah sengsara mesti 1 hari akan temui kebahagian. Tapi bila??? (tungguuuuuu)

 ------------------------@@------------------------

Aku finally tak kekal dengan pilihan kedua,, sebelum ni aku slalu pk pilihan aku mase tu salah,, tapi sekarang aku pk takde yang betul atau salah, semua tu adalah perjalanan hidup yang mematang aku (walaupun sampai sekarang aku rase aku lum cukup matang). So aku just continue hidup aku menunggu dan membuat pilihan. Kekadang aku tak nak buat pilihan, sebab memilih ialah perkare yang sangat2 susah bagi aku. Tapi nak buat macam mane kan, kalau tak buat pilihan macam mane nak teruskan hidup. Jadi buat je pilihan, kalau pilihan ang salah mesti ade hikmah disebaliknye. kalau pilihan ang betul, alhamdulillah.

------------------------@@------------------------

Mungkin ade orang nampak aku macam budak baik2 je kan (perasan sesekali ape salahnye). Tapi kita manusia biase, tak sempurna mane. Aku jugak macam ang semua salah, buat silap, terpesong sane sini,,, tapi ape pun yang jadi aku tak penah lupe yang slalu merenung kita dari atas.

Ada orang penah berkata "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan, telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup in"

Tapi sekuat manekah iman dan takwa aku??? aku pun tertanye2???

Jadi walaupun sekarang aku belum dapat memperbaiki diri aku sepenuhnye, aku tetap cube sedikit demi sedikit.

Eh eh ... macam lari topik sikit jer...
------------------------@@------------------------

Ok la kite sambung balik pasal "aku menunggu dan membuat pilihan". Sekarang zaman berubah,, walaupun aku berubah sikit tapi ape yang penting aku tetap aku. Aku masih seorang yang susah membuat pilihan jadi sekarang aku masih menunggu untuk membuat 1 pilihan???

Apakah pilihan tu??? tunggu bila aku ade keputusan okeh??

------------------------@@------------------------

Selingan

Dok usha2 pakcik google tadi jumpe satu lirik yang macam best bunyi dia...layanzzz....Lagu nyayian Padi ~ Menanti Sebuah Jawaban


Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Thursday, June 24, 2010

Tak patut kan..tapi -Part 1-

Hari ni satu ari duduk umah je. Takde mood nak keluar. So ape lagi, keje aku temenung panjang je la. Dengan badan yang tak berape nak sihat lagi buat aku temenung jauh, dari KL sampai ke kedah pusing ke johor..hahhaha. Tetiba teringat bape minggu lepas borak2 dengan member aku sorang ni, nama dia iza (bukan nama sebenar).

"awak Iza sedih sangat"

"kenapa?"

"boyfren Iza..."

"kenapa?"

"Iza jumpa kad jemputan kawin dalam kete dia..."

Aku dengan slambe nye response la

"biase la tu, sekarang memang banyak jemputan kawin..kawan boyfren Iza kawin ke?"

"tak....boyfren Iza nak kawin bulan ni..."

Aku tetiba terdiam. Confius pun ade !@#$%^&*  mau tak confius, Iza kawan dengan mamat ni lebih setahun. Kehulu kehilir sama2..memang couple la. Memang ramai la kawan2 tunggu dorang kawin.

------------------@@-----------------

Bermula akhir bulan Mei sampai minggu ni banyak jemputan kawin. Biase la member2 dah cukup umur untuk menamatkan zaman bujang.

Semua jemputan aku p, mase aku free la. Semo jemputan2 tu aku p je dengan langkah yang same dan dengar soalan yang tak jauh beze

"ang bila nak kawin.." (soalan favourite kan)

"emmm biasa la, aku memang suka bagi laluan kat member2 dulu...lagipun lum jumpa jodohnye.."

"balik2 alasan same..eh, ang nak kenal dengan kawan aku tak..."

"emmm takpe2, tak romantik la kenal2 kan.. jumpa sendiri kan romantik.."

"Dah la ang tu memang memilih. Nanti sampai tua membujang"

"Takpe, ade jodoh kawin la...lagipun sekarang susah nak jumpa my mr.rite"

Aku memang pandai bagi alasan kan...hehhe..

Waduh2!! Ni dah masuk bab lain ni. Aku sebenarnye nak cerite pasal member aku, Iza..

------------------@@-----------------

"Iza awak betul ke nak masuk ni"

"aah Iza nak masuk jugak, nak tengok dia besanding"

"Tak payah la masuk Iza, saya takut jadi bukan2 nanti... lagipun awak sanggup ke tengok dia besanding"

"Iza dah nekad nak tengok jugak" 

Kalau ikut aku memang aku tak nak p jemputan tu sebab bagi aku boyfren Iza tak patut buat macam tu. Tapi sebab aku takut Iza buat bukan2, jadi aku teman dia p sane. Aku betul2 tak sangka Iza setabah tu, sikit pun dia tak nangis sebab aku rase dia dah penat menangis beminggu2 sebelum pesandingan ni.

"Iza jom balik..."

Aku tak sanggup tengok Iza lama2 kat majlis tu. Boyfren dia tengah bersanding. Kerusi persandingan yang patut ade dia...tapi diduduki oleh wanita lain. Huuhhuu kalau aku tak tahu la aku sanggup p ke tak.

Balik dari majlis tu aku teman Iza sampai malam sebab aku tak mampu nak buat apa2 selain temankan dia. Walaupun takde setitis air mata yang aku nampak masa tu. Aku tahu dia sedih giler. Mahu tak nye mase dia bagi tahu aku dia jumpa kad jemputan kawin boyfren dia, dia nangis sampai bengkak2 mata.. bape ari tak makan, tak keje. Puas aku nasihat baru dia p keje.

Memang boyfren Iza bagi alasan munasabah kenapa dia kene kawin. Tapi ape pun alasan boyfren Iza, tetap tak adil dia buat Iza macam tu.

Nak tahu kenapa boyfren Iza kene kawin??

Tunggu part 2 ok, sebab aku penat menaip dah,, so nak berehat dulu..


p/s: buat Iza, banyak2 besabar dan berdoa. Sepanjang hidup kite mesti ade waktu gembire dan sedih tapi insy' kebahagian akan jadi milik Iza satu ari nanti..

Tuesday, June 22, 2010

Tahi boleh dimakan???

Alhamdulillah ...kenyang makan masakan mak... tadi tekak yang rase tak sedap dek sebab selsema yang melanda dan batuk yang meyerang,, akhirnya rase terubat dengan masakan gulai.. aahh tak kesah la,, makan nasi malam2 ni sebab berat aku dah turun sikit,, "hahhahaha" kan entry sebelum ni aku ade cakap kalau berat aku tak cecah 51kg mean aku tak payah diet...boleh bedal aje ape aku nak..

Dok makan2 tadi, tetiba teringat masa aku kecik dulu2,, takde nye nak dapat lauk macam sekarang,, tak telur masak sambal, kentang masak sambal, tak pun ikan bilis & kacang masak sambal pastu ade ikan kering... kalau rase2 nak makan sayur,, mak aku jerit la "siah siah ang  petik kangkung". Ang jangan tak tau,, aku petik kangkung kat MRR2 tu la... sekarang kebun aku tukar jadi highway dah.. jangan main2..

Kalau nak makan kek sedap2. Jangan harap leh dapat. Nak makan kueh2 orang jual tepi jalan pun jangan mimpi. Tapi kiteorang adik-beradik tak penah kesah. Kiteorang leh di ketegorikan golongan kanak2 kreative (angkat bakul angkat sendiri la..kahkahhh). Tak dapat kueh2, kiteorang uli2 la tepong tu jadi macam2 bentuk dan warna. Pastu goreng. Kalau rase2 nak ade perisa ang tambah sirap ke oren..Memang best giler.

(Ni contoh2 kueh goreng2)

Kalau nak makan sedap2 tunggu sebulan skali p shopping dengan mak aku kat chowkit tu..masa tu rase heaven tul. Dapat makan ayam!!! huhuuu... dulu tak macam sekarang apa nak makan leh aje dapat. Tapi aku pun pelik dulu kecik2 tak penah nak merungut, even makan nasi dengan kicap + garam @ tahi minyak dah rase heaven.

Ang tau tak pe tu tahi minyak?? masa aku kecik2 dulu kalau ade lebihan2 minyak yang kita buat masak goreng2 tu kita letak dalam bekas minyak tepakai kan?? so dalam tu akan tekumpul segala macam sisa makanan bergoreng.. lebih kurang macam kat bawah ni la rupe nya,, tapi gambar ni lawa sikit la..


Tengah aku search2 gambar tahi minyak ni,, rupa2 nye banyak jugak resepi "tahi minyak".. huhuhhh.. tak ku sangka. Selama ni aku tau kueh je ade tahi minyak ni (ke aku sorang je tak tau ade resepi2 ni).. tak percaya?? tengok kat bawah ni. Tapi tahi minyak ni tak bape nak same dengan aku terang kat atas tue. Tapi kira adik-beradik angkat la...

Ikan sambal tahi minyak
 (bukan gambar sebenar, sebab orang ni tak bagi gambar nye..hehhe)

Ni link dia kalau ang nak tengok cara masakan nye. Tue pun kalau link yang masih wujud la. http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,163019,00.html)


Ni pulak rendang ayam tahi minyak

Kalau la ang rajin nak cuba2 masak dan ang memang tau masak, ang cuba p usha link ni http://suhanasweetsavoury.blogspot.com/2009/02/rendang-ayam-tahi-minyak.html

Ni pulak kuih yang aku cakap tadi. Kueh kole kacang

Nama nye takde kene mengene dengan tahi minyak tapi bahan2 dia ade yang adik-beradik angkat tahi minyak. Ni aku bagi resepi, ang cuba la (ang cuba la ye, aku tak penah cuba.. aku tanya2 je)

Bahan
500 gm kacang hijau
3 biji kelapa parut
1 mangkuk sedang gula merah
1 cawan gula pasir
daun pandan ikut suke

Cara:

Tos2kan air kacang hijau yang dah dibasuh tu sampai kering. Pastu ang goreng kacang tue tanpa minyak sampai ler kuning. Pastu ang kisar kacang tue sampai halus.

Pastu ang perah santan dari satu setengah biji kelapa (agak2 dapat 1 mangkuk besar pekat santan nye). Pastu ang masukkan santan dalam kuali sama2 dengan gula pasir dan gula merah sambil dikacau hingga larut.

Pastu ang campurkan daun pandan ikut suke. Pastu bila gula dah larut ang masukkan tepung kacang hijau sambil kacau2 sampai pekat dan rata.

Pastu tuangkan ke dalam loyang. Biarkan sejuk. Satu setengah biji kelapa parut lagi tu ang perah2 dan ambil pati santannya sebanyak 1 mangkuk. Pastu masaklah dalam kuali sampai bergentel jadi macam tahi minyak. Setelah itu taburkan di atas kole kacang tadi.

Ok la teman2 cik nak tido dulu,, kang sok pagi ade jugak tetido kat tempat keje (alah cik haisa oii,, macam tak biase, ang memang slalu tido kat tempat keje kan..eleh2)

Uik2 cakap bebaik sikit aku pekerje yang cemerlang...dotttt... mane de tido (eleh tak leh nak caye tu).

Dah2 ang jangan nak nganta aku. Ang p cuba masak resepi kat atas tu. Pastu panggil aku makan k.. daaaaa.....

Sunday, June 20, 2010

Aku penah bermimpi

Aku memang kaki mimpi,, segala macam mimpi penah ade,, tapi kebanyakan bila mata celik jer semo lupe..

Tapi aku bukan nak cakap pasal mimpi2 tu,,, sebab kalau cite x abis 1 ari.. so aku nak cakap pasal impian aku masa aku blaja2 kat U dulu.. mase tu aku dah de kekasih,, bak kate mak aku,, boyfren.. so mase tu memang aku dah plan2 dah.. abis diploma umo 21 tahun ~


Then lepas dua tahun boyfren aku kumpul2 duit aku leh ~

Then genap je umo aku 24 tahun leh la aku ~


Masa tu aku fikir kawin lambat nanti dapat anak lambat... dah tu bila dapat anak lambat.. anak kecik lagi aku dah tua tapi still kene keje membanting tulang 4 kerat... so aku tak nak la..
 So kalau aku kawin umo 24 tahun,, sebelum umo 50 tahun anak aku dah abis blaja,, so aku leh relax,, p continue ~


 Tapi sekarang umo aku dah 26 tahun,, so tadi aku kata umo 24 tahun nak kawin kan..so patut aku dah de ~


Tapi sekarang...hehheh aku masih~


 Tapi aku ok jer,, sebab

1- aku lum sedia (Ye ke cik Haisa, lum sedia ke,, takde calon ~ uik kan same tu,, ang jangan nak mengata ye...)
bak kata sorang lagi kawan aku yang dah kawin  & ada anak...dia kata "kalau ang lum sedia jangan kawin, kalau ang belum puas hidup bujang jangan kawin,, ang beli pe ang nak dulu baru kawin...sebab lepas kawin keutamaan dah berubah...." so aku ikut cakap dia la ni....
2- duit aku lum banyak...(alasan baik punya)
3- kekurangan lelaki (kurang ke,,, ang memilih... ~ tul la memang kurang,, aku tak tipu)
4- tapi aku senang je,, bila tiba masa nye aku kawin la ,, pendek kata jodoh lum mai... ahakzzz... so tak payah sedih2,, boyfren takde pun takpe,, terus cari suami.. (okeh???)

Selingan
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

So aku tengah tunggu pelangi aku la ni.... :) ok la dah azan subuh... so faham2 la ye... salam bersambung kembali .......

Diet cara cik Haisa

"buat pe nak diet2,, makan jer pe ang nak,, nanti kalau dah tak boleh makan nyesal pulak..."
(macam penah dengar je ayat ni...hehehhe)

For me senang je,, makan bila lapar & jangan makan bila kenyang.. senang kan..
"cakap senang cik Haisa oi,, ang tu kurus,, makan pe pun tak naik..bla2xxx...."

Kurus ke???












Berat aku senang naik & senang turun tapi aku rasa aku leh maintain sebab aku makan bila nak makan,,, tak kesah la 2-3 pinggan nasi sehari ke,, tapi bila time aku tak nak makan aku tul2 tak makan...

Aku hanya ber diet bila perlu.. tinggi aku lebih kurang 157cm berat ideal aku tak patut melebihi 54-56kg (kalau tak silap la,, sebab lama tak kita bmi) Tapi kalau ang nak tengok berat ideal ang @ kira2an yang lain ang,, leh cuba lawat web ni:


kalau agak2 berat aku lebih 51kg, bila kat perut de 2-3 spear tyre, paha dah banyak sangat lebihan isi & bila kat tepi2 lengan ade isi2 yang tidak diperlukan.. ha!!! ni la masa nye untuk aku ber diet.. diet aku senang jer..

1. Jangan makan nasi.. aku suke giler makan nasi,, kalau sehari tak makan nasi rase macam hilang 1 nikmat
2. Tak pun makan nasi 2-3 kali sehari tapi kuantiti nye 2-3 suap je
3. Buat sit-up (sebenarnye aku jarang slalu buat sebab rajin malas)

4. Skipping
5. Jogging bila perlu (aku memang tak rajin...)

Jadi pe macam...senang kan.. tak pun susah sangat, ang banting tulang je kat sawah ke,, bekebun ke,, hhahaha...

Tapi aku memang de kawan yang berat dia 175kg then dalam masa 2-3 tahun tak silap berat dia turun 54kg.. tanpa ubat diet..


Mengikut cerite dia dia hanya diet nasi,, mula dia hanya kurangkan kuantiti nasi, then selang sehari makan nasi, then selang 2-3 ari,, then 2-3 minggu.. sekarang dia makan nasi sebulan sekali.. (tapi kalau aku la,, huuuu tak leh.. mati kebulur aku kalau tak dapat nasi)

Apa2pun diet la cara yang betul ok.. renung2kan dan selamat beramal...(lagi sekali guna ayat orang...haha)

Saturday, June 19, 2010

Ada apa dengan 'bapa @ ayah'

Jarang dengar orang ucap selamat hari bapa @ dalam bahasa orang puteh nyer father's day.. kalau mother's day ke, velantine's day ke birthday ke dah biase2 dengar ucapan nye...adakah bapa2 tidak dihargai??? hheee serius jer bunyinyer...

Nak cerita banyak pasal bapa ni aku kureng sikit sebab tak rapat la bapa aku..tapi aku tau menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab bukan mudah..nak sediakan makan minum, pakai, tempat tinggal, duit nak hantar anak belajar..lum termasuk lagi isteri nak shopping & anak nak itu ini...
 Emmm....jadi macam mane nak balas jasa bapa yerk???

Sebenarnya jasa dorang tak terbalas..jom kite tengok pe kita leh buat untuk hargai seorang yang begelar bapa. Tak best pulak ber bapa2,, kita pakai ayah la pulak ye..kalau kita tak mampu nak bagi hadiah barangan kepada ayah pe kata kita buat bende2 berikut @>>----

~ sebenarnya ayah ni kadang2 rasa sunyi,, mahu tak nyer anak2 pe2 ngan ibu,, tak pun rapat ngan kawan2,, bila rapat dengan ayah tetiba tu..mean nak mintak sesuatu la tu (tak semo k)..
Jadi pe kata anak2 sesekali jadi pendengar yang baik..ayah pun nak perhatian jugak..

~ sesekali puji la ayah,,, memang la ayah akan kata "ko ni buang tebiat ke pe" .. mulut je cakap camtu tapi dalam ati tu berbunge-bunge...hahahha

~ sesekali ajak la ayah p riadah,,, p taman jalan2 ke (ni tak asyik nak jalan kat taman ngan boyfren @ girlfren je memanjang) .. tak pun sertai pe2 aktiviti,, berkhemah ke,, pe2 la..

~ sesekali jugak,, slalu pun boleh.. masakkan la untuk ayah.. walaupun simple & tak sedap.. ayah mesti rasa happy gak sebab anak dia slame ni tak penah bancuh teh @ goreng telur mata untuk dia...

~ tapi apa pun yang penting jangan lupa berdoa untuk kesejahteraan...
 Tapi kalau ang semo de duit lebih pe kata bagi hadiah sempena hari bapa..

~ bawa ayah p makan kat hotel ke restaurant ke...ni tak asyik2 ayah jer nak blanje...sikit punya banyak tempat makan kat malaysia ni.. over de sea pun de,,, aku penah p restaurant tupai2 .. leh tahan sedap kat sini.. macam2 ada..ni nombor telefon kalau ang nak buat tempahan 03 2143 2525. Bukan kat sini je, de banyak hotel2 buat promotion untuk father's day..

~ jam tangan istimewa, sehelai kemeja, t-shirt, kasut @ selipar & sebagainya ang p kat link ni,, macam2 ada  http://gift-malaysia.com/Hadiah/Hadiah-Lelaki/

~ kalau ang de duit tul2 lebih,, tak salah beli kerusi urut untuk ayah..kat sini ang leh survey kalau nak http://www.osim.com/MY/home.aspx

~ Wallet pun ok jugak,, kalau nak cara cepat,, survey la kat blog ni http://syafekanis.blogspot.com/
~ takpun Abadikan GAMBAR ISTIMEWA ang semo pada “CENDERAMATA ISTIMEWA” seperti Ceramic / PVC Magnet, Mini Mug, Mug, Keychain dan lain... gambar ang dengan family ke, gambar dengan ayah ke.. klu nak leh lawat blog ni http://www.d1collection.blogspot.com/

~ http://brilliantchocolate.blogspot.com kat sini pulak de banyak coklat,,, (wah sedapnyerrrr) pe kate buat suprise,, hantar kat ayah... ingat pempuan je ke suke suprise

~ ni ari tu aku p amik kek kat UPM serdang Fakulti Sains Teknologi Makanan,, sedap & murah.. mana la tau ang nak tempah...tak pun belambak kedai kek kat malaysia ni,, online pun de... beli kek untuk ayah kan.. pe salah nye.. mesti golongan2 ayah ni tersenyum sampai telinga...
Tapi apa pun hadiah yang paling beharga bagi aku adalah kasih sayang.. kalau nak bagi extra belajar la sungguh,, keje sungguh2.. ayah mesti bangga ada anak yang bukan je baik tapi berjaya dalam hidup & menjaga hati ayah dengan jaya nye..
Ok la salam bertemu..buat semua kawan2,colleague2,kenalan2 yang bergelar ayah..SELAMAT HARI BAPA.. jalankan lah tanggungjawab ang semo dengan sebaik2nye.. lagi...


Selingan
Kali ni payah sikit nak cari lagu sebab jarang de lagu untuk ayah,, untuk kekasih or mum de jugak la... so korang cube2 je la baca lirik yang aku dapat ni

Lirik Lagu ” Untuk Ayah Ibu Tercinta “ Artis ” Trie Utami “

Takkan Mungkin Kulupa
Kasih Sayang dan Sgalanya
Yang Tlah Kau Berikan
Dengan Sepenuh Hatimu

aku Jadi Tak Tahu
Harus Bilang Apa Lagi
Terima Kasihku
Ayah dan Ibu Tercinta

aku Mohon MaafAtas Salah-salahku
Yang Tanpa Kusadari
Menyakitimu

Tuhan
Sempatkanlah
aku Membahagiakan
Kedua Orang Tuaku
Sebelum Sang Mentari
Kembali Terbenam
Yang Sangat Berguna
Dalam Langkah-langkahku

aku Yakin Doamu
Akan Selalu Menyertai
Apa Yang Menjadi
Harapan Kita Bersama

aku Mohon Maaf
Atas Salah-salahku
Yang Tanpa Kusadari
Mungkin Menyusahkanmu
Tuhan
Sempatkanlah
aku Membahagiakan
Kedua Orang Tuaku
Sebelum Sang Mentari
Kembali Terbenam 2x

Thursday, June 17, 2010

Jelmaan Semula

Sebenarnya ada sebab sy buat blog...sebabnyer:-

1- Boring
2- Nak kurangkan temenung
3- Tak nak pikir bukan2
4- Nak luahkan apa ak rase, sebab aku kurang pandai meluahkan perasaan bedepan2 ni (opsss,,, aku bukan anti sosial ok!!!)
5- Nak merepek bila perlu
6- Zaman moden dah takdak diari2xx...
7- pe2 je la & sewaktu dengannya

Jadi aku cuba kembali kepangkal jalan,, sebab aku dah tepesong dari sebab asal aku buat blog. So berikut adalah pembaharuan yang aku sempat buat,, sebab dah berari2 tak update blog:-

1- tukar design sikit,, tapi belum sempat nak touch-up,, sebab aku sebenarnya tengah ngantok tahap yang tak bertahap dah
2- pengunaan penganti diri,, sebenarnya aku lagi selesa pakai 'saya & awak' sebab nyer...emmm aku suka la,, tapi bila kat blog ni aku rasa macam tak best pulak bunyi nyer...lagi best sound nyer pakai aku aku,, sebab aku berdoa camni bunyi nya.."Wahai Penciptaku aku bermohon...." jadi...tu la jadinya...
3- tak tau lagi,,, tengok je la nanti pe nak buat bila dah tak ngantok...

Jadi kawan2 ku sekalian selamat menjamu selera,, tapi tak tau lagi bila nak post mengepost lagi sebab pemandangan aku skrang dah klabu,, kat atas kepala ni macam de burung + rama2 + lebah... dizzzzyy...opsss semut takdak ya (buat kawan2 ak yang tau cerita la)... so i want to take a very de nice sleep 1st sebab kang malam nak keja,, kang kalau tetido time tu... memang kes takdak pasal cari pasal..yela kang system dalam komputer tu panggil2 aku soh monitor dia ,, aku lak dok mimpi best punya!!! pastu buat error aku kene balon lak...kan cari pasal namanyer tu... so "g.nite" walaupun skrang pukul 12tengah ari..hahahahah

Eh eh...jap2 aku ni sebenarnya bukan penulis yang baik,, so paham2 la ye.. sebab blog ni pun just macam penganti diary hatikuu..cehhh..

Monday, June 14, 2010

Salam/Hi,

Sekarang kul 23:28.. dah few days bad mood,, nasib de member2 & colleague2 yg suka buat lawak...menyakat org..hahha..so leh la happy2 sikit walaupun kat dalam ni panas jer.. thank u to each &; every one of u... muahhhhzzz...sori ye walaupun tak leh nak bg tau masalahnya tapi bile korang jd peneman cukup dah :)

Kadang2 kawan2 lg best dr bf/gf sebab bile kita susah ati dorang lagi care dr bf/gf..menjadi kawan yg baik bg sy tak semesti tahu everything walaupun sepatutnye cmtu. Ada org kata jangan kawan dengan org yg de sifat2 tak baik..contoh kalau kita tak merokok then kawan kite merokok,, kita akan tepengaruh.. walaupun ada kebenarannya, sy tetap kurang setuju.  Sebab kita masing2 dah dewasa dan patut tahu fikir baik buruk.. ingat kita baik sangat ke nak cakap org camtu..bagi sy senang jer, kwn la dengan beribu2 org pun..mane kita rase sifat2 dorang yg baik kita cuba ikut or jadikan iktibar,, mane yg tak baik, tak payah la ikut..pe susah..
Ok dah alang2 cakap pasal kawan2 ni,, nak share sikit ciri2 kawan yg baik bg saya,,tapi mane yg rase tak betul..betul2 kan la...komen jer..tak kisah pun...heheh:

~ kalau kita buat baik, kawan pun akan lindungi kita
~ kawan akan dorong kita kearah kebaikan & kejayaan
~ kalau kita perlu bantuan, kawan akan tolong kalau mampu
~ kalau kita hulur kebaikan, kawan akan terima dengan baik
~ kawan akan hargai kebaikan/bantuan kita
~ kawan akan tegur bila lihat ada yg tak baik pada kita & kawan akan menutupnya & tidak bercerita sana-sini (tapi nak tegur kene de cara , kalau tak de pulak yg tersinggung nanti)
~ bila kita tiba2 diam jer kawan akan menanyakan kesusahan kita (sbb kdg2 kita de masalah tapi segan nak mintak tolong)
~ kawan akan cuba tenangkan hati kita bila kita dalam kesedihan @ kesulitan..sekurang2nya jadi pendengar setia kalau tak mampu nak tolong
~ kawan akan bantu kita kalau kita rancang something
~ kalau kita beselisih faham dengan kawan, slalunya kawan akan mengalah demi kepentingan persahabatan..walaupun kadang2 nak lawan jer (hehheee)
~ kalau kita cakap/becerita sesuatu, slalunya kawan akan mengiyakan aja...
~ kawan jugak bg kita pinjam bahu utk kita sandar @ peluk kalau kita tengah sedih (tapi kdg2 dh besar2 malu nak peluk..tak pasal2 de pulak org kate lesbian @ gay..hhahhaa...

Akhir kata dari saya kawan leh membuat kita bahagia dan juga merana..jadi pandai2 lah..

Msg :) -> To all my dear friend "i love u all" walaupun ada yang lama tak keep in touch, walaupun jauh beribu batu, bak kata pepatah jauh di mata dekat dihati...selamat malam...

Saturday, June 12, 2010

kata-kata untuk ayah sebelum tidur

Emmm,, dh kul 12:36 pagi,, ngantok giler ni tapi awat la tak boleh tido... 3 malam dah ni.. benci tul.. ish ish ish..

Sbb minggu dpn kita nak father's day kan .. jd pagi2 ni kita sambungkan pasal ayah or kita panggil daddy, papa, abah & sebagainya.. bagi sy menjadi seorang lelaki bukan mudah, lg2 bila dah begelar seorang ayah or sy lagi suka panggil abah...sbb sy panggil ayah sy abah..hehheh.

Bila seorang lelaki berkahwin maka tanggungjawab yang dipikul bukan ringan..berat...tp maybe ada lelaki yg sama je, b4 or after marriage ;).. kemudian bila seorang lelaki tu menerima kehadiran cahaya mata dia akan bergelar ayah..tanggungjawab betambah lagi..memikul tanggugjawab dan mengetuai sebuah keluarga,, kalau terpesong ketua nya maka terpesong jugak la pengikutnye..jadi kalau seseorang yg bergelar lelaki tu tak dapat melaksanakan tanggungjawab nye sebagai seorang suami, seorang ayah..jd apa guna menjadi ketua keluarga..jd besar tak anda rasa tanggungjawab seseorang yang bergelar ayah???

Jadi apa yang sy nak sampaikan jadilah seorang lelaki yg bertanggungjawab supaya semua yg dibwh kamu kamu dan kamu tak terpesong..sayangi, kasihi, cintai lah isteri2 & anak2 kamu,,kewujudan sebuah keluarga yg harmoni bukan terletak pada tanggugjawab dan amanah semata..wujudnya cinta kasih dan sayang akan lebih mengukuhkan sesebuah perhubungan...

Sebagai seorang ayah jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab... kesian kat anak2 yang tak dapat kasih sayang seseorang ayah,, tentu dorang rindu nak bemanja, bergurau, lg2 rindu nk abiskan duit ayah (hehhe)..
ingat tu.. betul3xx

Friday, June 11, 2010

The History of Father's Day


JUNE... Father's day..
for this month I will put some post relate to a someone call father or a guy.. so just enjoy it.. for 1st post lets begin with the history of father's day...



Father's Day, contrary to popular misconception, was not established as a holiday in order to help greeting card manufacturers sell more cards.


In fact when a "father's day" was first proposed there were no Father's Day cards!


Mrs. John B. Dodd, of Washington, first proposed the idea of a "father's day" in 1909. Mrs. Dodd wanted a special day to honor her father, William Smart. William Smart, a Civil War veteran, was widowed when his wife (Mrs. Dodd's mother) died in childbirth with their sixth child. Mr. Smart was left to raise the newborn and his other five children by himself on a rural farm in eastern Washington state. It was after Mrs. Dodd became an adult that she realized the strength and selflessness her father had shown in raising his children as a single parent.


The first Father's Day was observed on June 19, 1910 in Spokane Washington.


At about the same time in various towns and cities across American other people were beginning to celebrate a "father's day.".


In 1924 President Calvin Coolidge supported the idea of a national Father's Day. Finally in 1966 President Lyndon Johnson signed a presidential proclamation declaring the 3rd Sunday of June as Father's Day.


Father's Day has become a day to not only honor your father, but all men who act as a father figure. Stepfathers, uncles, grandfathers, and adult male friends are all honored on Father's Day.

Tuesday, June 08, 2010

Menjaga Hati

petua mencuci hati dari pada dato' fadzilah kamsah

Saya pun masih mencuba,,

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk dari. Haji Fadzilah Kamsah.
Kemudian sy edit sikit je... :)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak saya, cuci hatiku, esok saya nak jadi baik, berjaya,

ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

CUBALAH!!
Berpuasa -
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan (bagi yg mampu..heheh)

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb)

...wallahua'lam..

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my (http://www.hanan.com.my/)

 Selingan

Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah pertanda
Cinta tak disini lagi kau telah berpaling
Reff:
Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi
Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
Ooh oooh
Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski kulihat kini kau diseberang sana
Reff
Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati