Jom Klik

Saturday, July 31, 2010

Whats wrong?

Hiiii (salam penuh kegedikan) ha3

Dah penat mem'busy'kan diri,, esok de lagi plan nyer,, memang bagus untuk terapi jugak :)

Thanks miss sri kembangan sebab sudi dengar sy meraban semalam smp ke tadi.. tadi jalan2 lagi cari kelengkapan nak pose :) Al quran baru,, telekung baru.. bla2xx.. nak tengok?? tgu aku rajin upload gambar.. ha3...esok tungguuuu... kwn2 ku yang lain..mase mengile esok..ha2



------------------------------@@------------------------------



Whats Wrong??


Sometime we think we are always rite,, sometime we feel nothing goes rite,, aku sendiri tahu aku tak sempurna sampai aku kekadang takut untuk menegur sesape pun even aku tahu bende tu tak betul. Almaklum la setakat mane la ilmu yang aku ade..tapi de jugak sikit.. ha3


Tapi kekadang tak salah kan kite tegur orang dengan cara tertentu. Menegur @ menasihati bukan bermaksud kite betul semua nye. Bukan jugak bermakne kite nak kurang ajar. Bukan jugak bermakne kite nak 'mengadik2kan' orang tu. Aku tak tahu bagi orang lain. Tapi slalu nye kalau aku sayang seseorang baru aku akan tegur dia. Samade direct @ indirect. Tapi buat kawan2, kenalan2 & semo yang ade disekeliling aku..kalau maksud aku disalah ertikan aku tak leh nak kate pe.. ang berhak untuk anggap aku pe pun. kalau ang tak leh terime jugak aku minta maaf.. tapi aku rase 1 day ang akan fikir balik pe yang aku cakap tu..


Whats wrong?? pe salah agak nye teguran tu ye...


mungkin kekadang kerane terlalu banyak masalah kite hilang kewarasan akal fikiran sehingga teguran mengikut kata hati. Tapi kenape ade setengah2 orang lain tak macam aku. kenapa aku mudah sangat maafkan orang. kenape orang tak leh nak terime teguran. aku betul2 tak faham. rugi ke kalau ditegur? luak ke kalau ditegur? jatuh ke maruah kalau ditegur? bukan yang dewase je berhak menegur yang lebih mude.. aku rase sebalik nye pun x salah asal kene cara nye. tapi memang dah lumrah teguran bukan 1 bende yang mudah untuk diterime.. aku pun kekadang macam tu.. tapi aku tak amik mase lame untuk terime..


------------------------------@@------------------------------


Nak sambung lagi tapi penat...kah3.. nak layan drama kat tv jap.. dah penat layan drama real punye .. so insy'allah esok aku sambung cebian2 yang tinggal :) g.nite .. muahhhhhhhh

Monday, July 26, 2010

Ape erti cinte & perkahwinan?

Salam Ukhuwah

----------------------------------@@----------------------------------


Banyak gak idea tengah datang ni tapi malas nak arrange ayat2,, jadi kite sambung topik ala2 semalam je la ye..yang lain nyer topik kene tunggu aku rajin copy gambar dulu...semo dalam hp .. hehhe.. Tanpa gambar2 tu entry2 tu tak best..kehkehhh

Semalam Aku Terime Nikahnye... ari ni??

Nak nikah kene de calon,,,hehhe.. (gatai!! kawan2 aku selalu kate..hahah)

Jom share satu cerite.


----------------------------------@@----------------------------------


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya

Pelajar: guru, apakah erti cinta ? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya ?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun ?

Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini ?

Pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.


Abis dah


----------------------------------@@----------------------------------


Pesanan dari orang berpengalaman (dah tentu2 bukan aku)
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


----------------------------------@@----------------------------------

 
Cakap2 orang macam aku: hushhhh cakap mudah,, soal hati payah...dulu aku dah bertemu beberape ranting,, tapi aku amik aku lepas aku amik aku lepas lagi..yang terlepas sendiri pun ade...leh tak taknak pilih lagi....emmm...finally aku jadi takut menebang pokok..jadi ape sudahnye

Sunday, July 25, 2010

Aku Terima Nikahnye ??


Salam ukhuwah

------------------------------@@------------------------------


Aku terima nikahnye.......




------------------------------@@------------------------------



Emmm biase dengar ayat kat atas? Mesti penah kan.. tetibe datang idea nak menaip sebab tadi lepas abis keje dok lepak dengan rakan2 sekerje... hahah.. bukak pulak topik kawin, rumah tangga, bla bla blaaa...

Oleh sebab malas nak membebel panjang & aku belum masuk alam2 perkahwinan ni & aku lum paham sangat selok belok nye,, jadi aku come out with kate2 dibawah (dulu aku rajin buat puisi & lirik lagu,, jadi asah otak balik la kirenye ni..hehhehe)



aku terime nikahnye
segale maksiat2 kalau ade
tehapus dah
setan2 kiri kanan tak leh gode dah
sah dah pun sekarang
betul ke begitu?

aku terime nikahnye
aku terima kamu seadenye
dan kamu terime aku seadenye
aku suami kamu
kamu isteri aku
betul ke begitu?

aku terime nikahnye
lepas kenal kamu sikit punye lame
mase bercinte
kamu gembire aku gembire
kamu sedih aku sedih
kamu tak cukup duit aku tong2
aku tak cukup duit kamu pun tolong
adik kamu @ adik aku ade masalah kite same2 tolong
betul ke begitu?

aku terime nikahnye
lepas lame asyik dating & kehulu kehilir same2
tapi baru kini kite berumah bertangge
dirikan masjid bak kate orang
kongsi segale bawah satu bumbung
takyah dah dating2 bawah pokok
semo pintu maksiat insya'allah tutup dengan rapatnye
betul ke begitu?

aku terime nikahnye
baru jugak berape minggu
kamu kenal aku luar dalam
aku kenal kamu begitu jugak
mule la bertekak2
kalau tak puas hati nak membentak tak sudah
dulu nak kongsi2 semo masalah
kini semo nak simpan tarik muke tak bersalah
aku penat & lelah
kenape kini nak betoleransi susah
dulu dating2 hari2 senyum ketelinge tak leh blah
betul ke begitu?

aku terime nikahnye
sebenar bukan lafaz ayat yang mudah
walaupun ayat short je
ade menggigil sampai lafaz berkali2
jadi ingat la jangan ambil mudah
aku kene terime kamu seadenye kamu
kamu pun same juga
kite kene lah share..sharing is caring kan
jangan kamu ade masalah asyik kawan jadi tempat tumpah darah
aku kat rumah asyik marah2
dah kamu tak nak kongsi masalah
jangan marah sikit jatuh talak
kalau dah sampai 3 kali talak, sape nak jawab kalau hati mase ade
de pulak yang giler talak
ishhhh,, sabar kene banyak,, jadi fikir2kan
jadi kite fikir betul2 sebelum lafaz akad nikah
sebab bukan nak hidup same2 sehari dua & sudahnye pecah belah
nak hidup bersame sampai ke syurge insya'allah..  :)
betul kan begitu?



nota kakitangan: insya'allah aku akan terime kamu seadenye,, harap kamu pun begitu.. walau banyak halangan insya'allah kalau kamu ikhlas aku pun ikhlas segalenye akan bermule dengan lafaz "Aku terime nikahnye...."

Saturday, July 24, 2010

Terapi Jiwa

Pantai buat aku tenang... betape indahnye ciptaanNya..


Salam ukhuwah buat kawan2,,kenalan2an,,pembace2,,dan sewaktu dengannye.

Semalam ingat nak buat entry baru tapi takde mase,, so bile dah satu ari berlalu akan ade setengah2 point aku dah lupe. Biase la cik penulis ni pelupe sikit (sikit je tau). Tapi yang aku pasti semalam aku nak cakap pasal zikir.

Aku bukan pandai sangat bab2 ni tapi semalam aku dengar Alkulliyyah kat TV3. Buat ingatan aku & kawan2 jugak. Tak salah saling mengingati,, kite setiap manusia tak sesempurne mane. Kate ustaz yang diundang, Ustaz Mohd Zawawi Jusoh:-

~ zikir buat kite tenang. Ianye sebagai terapi jiwe
~ zikir bukan sekadar mulut kumat kamit,, tapi kene paham maksud & menghayatinye
~ kalau mase senang kite berzikir kite ingat Allah,, bile susah kite berzikir,, dah tentu Allah akan tolong kite
~ tapi jangan berzikir mase kite susah je,, time senang tak!!
~ cube kite tengah2 berzikir dalam kete,, tetibe de orang langgar kerete dari belakang,, automatik nye kite akan tenang sikit,, tak terus marah2,, lebih kurang macam tu la ustaz kate..

ushh aku teringat pulak mase aku sakit beberape tahun lepas,, bile ditolak atas troli,, bile banyak wayar2 doktor lekat2 kat badan aku,, mase tu hati aku tedetik jangan la nyawe aku diambil dulu sebab aku belum sedia,, belum banyak pahala,, dose nye ushhh tak tau nak kate...

Tapi kan bile2 je Dia leh ambil nyawe kite sameade kite sedia ke tak. Tapi aku bersyukur sangat mase tu Dia masih panjangkan umur aku. Tapi bile dah pulih again aku kekadang alpa denganNya bile banyak nikmat yang diberi. Manusia memang macam tu kan.



 
Ni aku google kat tenet pulak:

Berdasarkan surah Al-Ahzab, ayat 33 yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.”

Insya`allah tak susah nak berzikir kot. Sambil2 drive. Sambil2 masak kat dapur. Aku rase tak salah. Betulkan la kalau salah ye.



Berdasarkan surah Al-Anfaal, ayat 45 yang bermaksud :” Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

Emmm..dari ayat boleh la kite apply kan dalam hidup seharian bile kite berdepan dengan musuh2 @ dalam kesusahan kan.


Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : “Mahukah Aku beritahu amalanmu yang terbaik, yang paling tinggi dalam darjatmu, paling bersih di sisi Allah serta lebih baik dari menerima emas dan perak dan lebih baik bagimu daripada berperang dengan musuhmu yang kamu potong lehernya atau mereka memotong lehermu? Para sahabat lalu menjawab, "Ya." Nabi SAW berkata,"Zikrullah." (Ahmad dan Ibnu Majah)
 
Best nyer. Allah nak bagi free2 je pahala,, tak kan tak nak kot :)
 
 
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrahman, yaitu kalimat: "Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'Adzhim" (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung). (Al-Bukhari)



Nota kakitangan: aku termenung sejenak :( betape jauhnye aku dah tempuh perjalanan hidup ni,, betape jauh nyer aku dari Dia...

Tuesday, July 20, 2010

MEN - is it true??

Adakah ini benar... artikel@ape saje la yang dikatekan dibawah ini aku dapat dari link2 member yang aku rase best untuk di kongsi..



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.


Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar. 

P/s: Bukan kate2 aku tapi ade kebenarannyer. Terpulang la pada u guy to think, to comment if think its incorrect...

Turn all the LIGHTS on!!

Time to turn all the lights on!!"Sharon Salzberg-It doesnt matter how long we may have been stuck in a sense of our limitations. If we go into a darkened room and turn on the light, it doesn't matter if the room has been dark for a day, a week or ten thousand years - we turn on the light and it is illuminated. Once we control our capacity for love&happiness, the light has been turned on"

Its true.. ya its true.. how long we want to stay i
n a dark. U has many choices. But why you choose to stay in Dark? You don't have a choice or the DARK make you happy

DARK make u happy. Are you sure??

“Yup, I think I am sure”

Are sure??

“errrrr…emmmm…maybe..”

Maybe?? Why don’t you think about yourself and turn the light on now!! Take a risk and take a challenge. Sometime your instinct is totally wrong and makes you erroneous. So take deep breath, give yourself time to think. Then think the right thing to do.

Give yourself your own space. Its ok to think about others but sometime you need to think about your own good.


------------------------------@@------------------------------

Time to think about yourself !!!

Lupekn PK psl org lain yang tak layak difikirkan. They didnt deserved!!

Sekarang aku tak nak jadi orang yang ade ati perut dah. WHY ??? "boleh ke nak jadi orang takde hati perut,, susah kot.."

sebab bukan semo orang layak dihargai, disayangi, disukai, dicintai & sebagainyer

Maybe setengah2 daripada kite akan kate dunia ni tak adil, kenapa orang lain boleh bahagia & kite tak. SALAH SALAH SALAH!!! kite tak bahagia sebab kite yang pilih untuk tak bahagia. Dulu aku selalu fikir macam tu. DUNIA ni "NOT FAIR" arghhhhhhhhh.

Aku salah cakap ke??

CYCLE of life...Aku tak rase aku salah. So jom kite same pk. Orang yang bahagia tak selame nye bahagia, mesti ade konflik & sebagainye. Cume bezenye dorang tahu how to handle it in a correct way without hurting anyone.

TAPI... why why why.. susah nyer aku nak handle!! tak pandai tul bab2 ni..

Banyak sangat bertindak jadi salah. Kalau tak bertindak apa2 salah jugak. Banyak bercakap pun salah. Kalau senyap salah jugak.

Someone did said to me. I can accept if she/he tell me in a correct way. Why dont you tell me nicely?? Awak kate saye tak boleh faham?? saya faham la.. tapi huhhhhh i tell myself repeatedly "i dont wanna think about it anymore".. but how could I don’t think about you if…….

AKU mungkin kurang tahu bab2 nak handle konflik2 ni tapi sekurang2 nye aku cube tak sakitkan hati korang dan hargai korang. Jadi sekurang2nya aku masih ade ati & perasaan. Tapi lepas macam2 jadi beberape bulan ni aku mule rase no point kite hargai dan pertahanan kan sesuatu yang tak perlu dipertahankan. Tapi macam mane pulak tak nak pertahankan something yang korang slalu 'think about'.. something that always in your mind.. something that u love to..

Berbalik kepade 1st point TURN THE LIGHTS ON

So lets begin the new 'think': THINK ABOUT YOURSELF.. OK .. CIAO CIAO

Dalam perjalan hidup ni ade banyak keraguan, masalah dan macam2 lagi. Dalam semua bende yang kite buat, kite pasti akan terfikir dan mungkin orang lain akan buat kite berfikir 2 kali tentang sesuatu yang kite nak lakukan. Contoh bile kite nak berbaik dengan our ex (contoh yer). 1,2 kawan ang mesti kate "it's not worth to pursue your ex back" Tapi macam mane pulak kalau the feeling's too strong to ignore?"

Susah kan? tapi..

HAPPINESS is in YOUR OWN HAND

you choose..you decide

Tuesday, July 06, 2010

LUKA

salam..

Dear diary,,

Hari ini aku nak taip sesuatu yang pendek je tapi sangat2 bemakne bagi aku.

Berape hari ini aku rase banyak hati2 telah dilukai. Kawan2 ade bercerite. Bukan je kawan2 tapi aku sendiri pun same.

Jadi buat semo yang aku sayang:

"mungkin dalam tak sedar dan mungkin juge dalam sedar aku dah lukai perasaan ang. Kadang2 semo nye jadi terlalu pantas hingge kate2 & tindakan aku telah melukai ang. Agak nye terlalu pendek akal aku. Selame ini aku dah cube yang terbaik. Aku slalu jage perasaan orang tapi kadang2 ang paham2 la aku pun manusia biase. Kadang2 ape yang aku kate & bertindak tak seperti yang aku nak. Tapi 1 bende yang sangat2 pasti. Aku tetap sayangkan ang semo"

"yang pasti jugak melihat ang semo terluke buat aku lebih terluke. Ape yang aku kate dah terkate, ape tindakan aku dah pun jadi. Aku tak nak nanti aku tak sempat cakap. Jadi aku betul2 mohon maaf kalau aku pernah lukai perasaan ang semo. Sebetul2 nye sikit pun tak terlintas aku nak lukai perasaan ang semo.... soriiiiiiii"

Monday, July 05, 2010


Yes Yes Yes.. forgt de pas.. senyum balik !!! yahoooo.....

Kebahagian dalam perpisahan (Shahir AF8)


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

Saturday, July 03, 2010

Secebis hidup aku hari ini

aDear friend,,

salam kengkawan.. pe kaba hari ini.. mood ade baik ka??? mane ang semo ni... menderam yg aku mintak tak de pun bagi.. pe la..

hari ni jadual agak full. Aku memang nak full kan jadual aku,, kalau leh tak nak bagi mase untuk aku sorang2 sebab aku akan melayan perasaan nanti..

Pagi2 before subuh dah bangun. Tapi punye la berat tulang, aku dok berguling2 atas katil sampai azan subuh. so buat ape yang patut.... next continue balik guling2 atas katil sampai tunggu phone berbunyi (hehheheheh)

Then agak2 dah puas berguling kul10 lebih bangun.. buat pe yang patut then kul11 p buat maintenance kete & tukar segala bende yang patut. Aku bukan tau sangat pasal kete. So kalau orang tu kate tukar & budjet de sikit, aku ikut kan aje...

Kul12lebih pecut p TPM tempat aku keje sebab dah janji lunch dengan Nik hari ni, tak sampai 10minit drive dari kg. cheras baru ke TPM. Aku tengah tension so drive laju2 adalah terapi yang terbaik. Uik tapi ang jangan ikut, tak baik untuk keselamatan ang..hahhahaha.. sebenar nye aku dah bertaubat bawak kete laju2 ni sebab dah 2 kali accident & banyak kali nyaris2 nak accident. Tapi aku tak tau la lately tabiat buruk aku kembali.. :))) aku akan bertaubat balik lepas ni..heheh

Kiteorang p station one kopitiam. Layan jugak makan steak + kiwi juice. Makan kenyang2 & puas2 sampai ketekak makanan tu. Kengkawan ni jugak terapi untuk hilangkan stress ok. paham tak??

Pastu aku nampak la satu kete ni, kete mainan la. lawa siut. So aku beli la. nak letak dalam kete aku nanti. aku tak tau la akhir2 ni aku main beli je ape aku nak walapun duit tu kene simpan sebenanye. nak buat macam mane kan. tu salah satu terapi untuk aku bile stress.

--------------------------@@-------------------------

Maintenance dah, date dengan Nik dah ... then sampai umah date dengan my lovely mum pulak. sebab dah janji nak bawak p kedai tudung HAJRA before balik Johor lewat petang ni.. Aku macam biase la, budjet2 teman mak je,, tapi aku pulak yang lebih.. aku memang dah plan tak nak beli pe2 bulan ni, tapi dari hari tu aku asyik beli membeli je.. sebab ini pun salah satu terapi untuk release tension... tapiiiii nanti akhir bulan merungut duit abis la, simpanan takde la.. hahha.. so kepada bakal suami aku PERINGATAN!!! pandai2 la ye, jangan buat aku pressure, nanti abis duit ang aku buat shopping..

 Aku nak color lain sebenarnye,, tapi dah abis la!! 

comel kan,, aku tak leh tul tengok baju baby ni. comel siutt!! aku amik yang paling simple.

--------------------------@@--------------------------

Tadi aku singgah jalan TAR + Masjid India. Biase la cuci mate. Then mase aku dok usha2 baju, abg kedai tu tanye "blaja lagi ke" aku cakapla keje dah. Then dia tanye "lagi umo bape" aku cakapla 26thn... mamat tu tul2 tak caye.. dia kate "ingat 18 tadi"; huhhhh ayat2 biase, ade ke muke macam aku kate 18 (perasan kejap la aku). Abg tu umo dia 25...opsss 25, so bukan abg la. mule2 aku panggil abg sebab muke matured giler.. so sekarang tuko la..adik..hahahhaha

Pastu sambung jalan2 lagi nampak ramai pakcik2 makcik2 yang kurang upaye, menyanyi, jual tisu dsn. Aku respect jugak kat pakcik2 & makcik2 ni. Sekurang2 nye dorang bekerje. Tak macam setengah2 orang yang cukup sempurna kejadiannye tapi malas nak keje.

Then aku nampak pakcik2 & makcik2 yang dah tua. Suami dia pegang pinggang dia. Owh romatiknye. Yela orang zaman sekarang lain. Mase bercinte pegang tangan tu macam gf/bf nak lari je. Kalau dah kawin & makin tua takde makne nye nak pegang2 tangan... betul3xx..

--------------------------@@-------------------------

Sob3xx (sedih) aku tinggal sesorang sekarang. Family aku lewat petang tadi balik Johor. Aku tak leh ikut. Esok nak keje (sob3xxx). Tapi takpe2 aku leh layan emosi malam2 macam ni...ahakzzz (baru tadi kate taknak sorang).

Ok la nanti aku sambung lagi. Nak p cari something untuk dimakan. Lapar pulak.

Selingan..
Tinggalkan ang semo dengan lagu ni. Aku gak tujukan lagu ni khas for someone dengan ucapan khas "thanks penah buat saye happy"

Hati Yang Kau Sakiti (Rossa)

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis…
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah….
Kau sakiti

Terlanjur cinta


Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Reff:
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta

Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Friday, July 02, 2010

Benci tukar sayang??

Allo allo...salam bertemu kembali.. malas jugak nak menulis berape hari ni..huhuhhhh (tak baik sungguh,, baru nak mulekan entry dah mengeluh,, asyik mengeluh jer) 

Wahai mood ku kemanakah kau lari, cepat2 la kembali..Uik kengkawan bagi la menderam untuk kembali kan mood...

Tahukah ang semo bahawase nye cik haisa tengah menaip dengan mulut muncung kedepan, muke mencuke giler babas!!! Sorry la ye kalau aku asyik melepas geram kat entry kali ni.

Waktu2 macam ni aku betul2 rase nak punch someone... dulu mase kat U best gak. Masuk silat,, bile mase latihan boleh betul2 lepas geram. Boleh menendang menumbuk...huhuuuu heaven nye... best giler..

Ade tak sesape nak bagi aku tendang tumbuk dia kuat2,, sepak pun jadi la!!!!! tolong!!!!!

Untuk pengetahuan ang semo aku tengah OT kat team lain sekarang.....makkkkkkk nak balik!!!! tapi tak leh............... duit punye pasal aku keje la jugak..huhhhhhh (mengeluh lagi,,,,teruk tul ang ni haisa,, aku bukan pe aku tul2 rase nak punch someone sekarang)

Ok anak2 hari ini cik tok puan haisa nak cakap pasal benci kemudian tukar sayang.. Aku tak penah terfikir nak cerite topik ni. Tapi berape hari lepas aku dengar kat radio pasal tajuk ni. So why not kite share sikit.

Kisah 1
Pengacara: sape yang awak benci
Ina: saye ade sorang cousin, entahlah tak tahu kenape benci tul saye tengok muke dia. Kalau dia datang rumah saye, saye siap baling2 beg.. 
Pengacara: kenape awak benci sangat dia?
Ina: entah la,, memang tengok muke dia je dah membencikan. Nak dipendekkan cerite mak saye kate saye dah cukup umur untuk kawin, saye pun mase tu malas cari calon, jadi mintak mak carikan. Adusss,, skali calon yang mak saye cari ialah cousin yang sy benci sangat tu. Mase nikah sorang pandang kiri sorang pandang kanan.
Pengacara: so sekarang tak benci lagi?
Ina: mesti la, sekarang kalau sehari tak pandang tak boleh :))

Kisah-ke2
Adik saye cikgu praktikel..dia kate selalu kene buli dengan sorang cikgu lelaki ni kat sekolah. Setiap kali balik umah mesti ade je mengadu pasal cikgu tu. Tapi alih2 sekarang dah betunang dan dah nak kawin..

Kisah-ke3
Plus minus macam cerite kat atas jadi aku malas nak cerite,, sebab aku betul2xx fikir nak punch orang ni.. eeeeeeeeeeeeee...........geramnye.. eh eh aku bukan tak nak cerite sebab tu sebenarnye. Tapi sebab pusing kanan pusing kiri, kisah nye lebih kurang.. benci kemudian bertukar jadi sayang.. bagi aku ni perkare normal

Hari tu aku dengar Datuk Fadzilah Kamsah kate, mengikut kajian dia 30% dari orang yang mule2 benci ni bertukar jadi sayang dan bersame.. maksud aku bersame tu.... couple, betunang, berkahwin, dan termasuklah beranak-pinak

Tu la kan. Sebab tu la aku tak pernah benci sangat kat sesape. Tak suke tu ade la. Tak same kan (hahhahahah....gelak besar punye)

Aku kekadang de jugak kawan2 cakap macam ni kat aku (maksud aku gaduh2 nanti kawin) sebab aku slalu gaduh dengan beberape orang kawan2 lelaki ni.. Tapi kiteorang kawan baik pe cume slalu gaduh.. biase la kan nyakat menyakat. Tapi bagi aku tu lain, ni gaduh2 tapi kawan bukan benci. Lain sangat tu. Bagi aku kawan is kawan.. not more then that. Sebab aku pernah berkawan then couple dengan kawan aku tu. Seriously memang lagi best mase kawan. Then aku pernah kenal few days then couple, pun tak best jugak... (hahhaah ar tu dua2 tak best.. pe yang ang best cik haisa oi)

Ok2 kite beralih kepade topik kita balik..

Jadi kepade sesiape yang agak2 dia ade benci sangat kat seseorang tu, ang jage2 la, ade kemungkinan tu la bakal suami/isteri ang (hahahhahahahah)

Tapi ang perasan tak, memang ade setengah2 orang yang memang muke dia semulajadi buat kite jadi benci (huhhh tak baik sungguh camtu, macam mengutuk kejadianNYA  je). Aku pun pernah jadi macam ni. Tapi sekarang tak dah,, aku susah sangat nak benci orang sekarang. Aku cepat sangat maafkan orang. Ade kawan2 aku kate aku naif. Aku bukan naif la cume marah lame2 ni buat hati aku bertambah sakit. Tapi ade pengecualian buat orang2 tertentu. Aku mungkin maafkan ang tapi nak suke tu x de la makne nye lagi!!

Jadi moral of the story jangan benci kat orang lain kalau kite lum kenal orang tu betul2.

Tapi ye la kan nak buat macam mane, kalau orang tu dah buat sesuatu yang menyakitkan ati, mahu kite tak benci.. tapi aku rase ni kes lain. sebab orang tu yang salah. Kes yang aku cerite kat atas ni kes orang yang benci orang tanpa sebab.

Ok la kite sambung di lain mase aku dari pagi menaip entry ni baru siap,, yela sambil bekerje aku menyelam sambil2 tu aku menaip entry jugak...hahha...ok la dah nak balik keje..best nyerrrrrrr..........daaaaaaa