Jom Klik

Friday, October 29, 2010

Love letter for my future husband





Buat dia yang akan hadir sebagai my further husband..

saye bukan mencari seorang yang sempurna
cume selepas ijab dan kabul, saye hanye mahu awak
meminjamkan telinge untuk mendengar suare hati saye
menemani saye dikala moody
mengenggam tangan saye bile saye tak keruan
memberikan bahu awak untuk saye bersandar bagi menghilangkan segala kesedihan

buat awak my further hubby
bukan saje dikala gembire tapi bile saat2 duka juge
saye mahu awak ade disisi saye seperti mane saye disisi awak
kadang2 berade dipelukkan awak akan buat saye rase tenteram
cukup jugak kalau awak dapat tersenyum
senyuman awak pasti buat saye bahagia (^___^)
saye harap tangan awak boleh menghapuskan
segala airmata saye

buat awak yang akan bergelar imam dalam keluarge
awak tahu tak ape yang paling penting...
awak dapat menjadi imam saye hingge akhir hayat saye
saye tahu kadang2 solat saye pun tinggal
saye harap awak tak penat menegur saye
saye tahu kadang2 saye blur sikit
tapi saye harap awak tak jemu
saye harap awak tegur saye baik2 sebab saye
dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok
kalau terlalu keras mungkin saye akan memberontak
saye tahu saye memang keras kepale
tapi saye pasti hanye dengan care lembut awak
yang dapat membetulkan saye

buat awak yang akan bergelar suami saye
saye tak mintak banglo sebiji
cukup lah kite share2 beli rumah teres & condo 1 leh.. (^__^)
saye tak mintak hari2 kita makan kat hotel
tapi saye cume harap awak tak jemu rase masakan saye
even kurang sedap, saye cube blaje ye
saye tahu kadang2 saye memang malas masak
tapi kalau awak dapat masakkan saye sekali sekala.. best jugak

buat awak my future husband
saye bukan materialistik
cume kite hidup dibumi nyate
sudah tentu saye mahu awak bekerjaye
sudah tentu juge saye ingin awak menjadi seorang yang dapat saye hormati
kerane dengan itu saye pasti kate awak saye turuti
kerane saye tahu syurga saye ditelapak kaki awak
tapi saye tak harap awak terlalu ego hingge kate saye awak tak endahkan pulak

buat awak yang selalu dihati saye
saye tak mintak awak belikan hadiah mahal2
saye insy' leh shopping sendiri,, tapi sesekali
ape salah awak topupkan,, kate sayang isteri (^__^)

buat awak yang saye hormati sebagai suami
saye harap awak sentiase menyokong saye
saye suke bekerje, saye tak nak jadi full time housewife
saye harap awak sokong kerjaye saye
saye nak belajar lagi.. leh kan..
harap awak sokong jugak
mungkin ade mase awak kat rumah saye takde
tapi saye harap awak tak sunyi
saye harap awak tak pasang spear tyre kat luar pulak
awak tahu kan dalam hati saye hanye ade awak je,,
kite leh bincangkan kan how to spend quality time together kan

buat awak yang tersayang
saye tahu saye ade ramai kawan lelaki sekarang
harap awak tak cemburu tak tentu pasal
sebab saye cube jage batasan saye selepas bergelar seorang isteri
saye juge harap kite boleh memahami satu same lain
kalau ade salah silap same2 lah kite tegur menegur
bukan bergaduh tak tentu pasal
awak & juga saye pasti ade kekurangan & kelebihan
kite bersatu sebab kite ingin melengkapi antare satu same lain

buat awak yang tercinte
saye harap awak dapat menerime saye seadenye
sebab saye sedar saye hanye gadis biase
yang penuh cacat & cele

buat awak my love
banyak lagi yang ingin saye katekan
tapi cukup lah sampai disini buat kali ini
insy' menyusul 'love letter' untuk awak lagi
saye harap satu hari nanti kite akan bertemu
sebab dah lame saye hulurkan tangan saye
untuk awak sambut & membimbing saye kearah kebenaran

Tuesday, October 19, 2010

"Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Salam (^___^)

Terbace satu cerita yang membuat hati saye tersentuh *_*" .. dan tersedar seketika ^__^


----------------------------@@----------------------------


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "


Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..


Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.


"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.


"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."


Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,
"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.


Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .


Lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..
Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.


Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil.


"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah.
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..
"Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.


Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."

emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Setengah orang berkata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."


Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya....


----------------------------@@----------------------------


Kasih ibu..tak ada pengakhiran..tak seperti cinta sesama manusia..kita tak tahu bila hati kita akan dipalingkan walaupun kita berusaha untuk setia..

Tak ada ibu yang mahu anaknya menconteng arang di mukanya..tak ada ibu yang percaya anak yang dididiknya tidak mengikuti didikannya..melainkan kalau ia telah terbukti..

Lembutnya hati ibu,sedia memaafkan diri walaupun anak telah buncit dikerjakan orang,walaupun anaknya sudah ternoda dek sentuhan lelaki,walaupun anaknya telah merosakkan anak dara orang lain...

Lembutnya hati ibu,lebih rela menyalahkan diri sendiri walaupun ia bukan salah ibu mengandung...=(


IBU...

EMAK..

MAMA..

UMMI...

MUMMY...

MUM..

Semuanya 1 dalam seribu..tiada pengganti dan tiada yang terbaik selainnya..

Wahai muslim dan muslimah budiman...
bayangkanlah wajah ibumu..
bila kamu dilanda gelora cinta..
bila kamu ingin masuk ke pelukan pasanganmu..
bila kamu ingin berbicara melebihi batasan bersama pasanganmu..
bila kamu ingin membalas semula cinta dari insan yang tak halal bagimu..
bila kamu terfikir untuk melakukan dosa...
bila hatimu berdebar atas perbuatanmu...
bila kamu sudah melupakan ibumu akibat hebatnya panahan cinta itu.....
bila2 masa sahaja...

agar kamu tahu...
kepercayaan yang dipatri oleh ibumu terhadapmu...
tak mungkin akan dimiliki lagi andai engkau cairkan...

agar kamu tahu...
apabila ibumu terluka...
tercatat sudah namamu sebagai anak derhaka...

agar kamu tahu...
bahawa dialah insan yang melahirkan dan mmbesarkanmu..
dgn titis susunya..
dgn sedaya upayanya..
dgn 1 juta pengorbanan yang tak mungkin kau balas....

PELIHARA DIRIMU.....(Y_Y)


sumber: Amirul Mukminin

Monday, October 18, 2010

KAMI ber picnic + ber exercise



Salam reader (^___^)


Mari menikmati gambar2 KAMI

Perancangan telah dibuat awal ---

Lokasi kami adalah Beach Resort, Port Dickson, N9

tetapi

Di saat akhir telah di tukar ke

Sg Gabai @ Gabai Waterfall, Hulu Langat, Selangor

Ape3 pun KAMI enjoy!!

PACKage = picnic + exercise


 Memang best,,Gabai waterfall di negeri kelahiran ku (^__^)
"Yang ada hanya dirimu
Tepi sungai yang kering
Riak air tak nampak"

 
--------------------@@--------------------

Seperti yang ditetapkan KAMI berkumpul di rumah SAYA pada jam 10:00pagi. Kemudian huhahuhaa KAMI bertolak lebih kurang jam 10:30 -- perjalanan mengambil mase lebih kurang 40minit -- setibe di lokasi yang ditetapkan KAMI terus bergambar selepas membayar RM1 sebagai yuran kemasukan -- heheee --


Hey Ladies
"Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur"

--------------------@@--------------------

Kemudian KAMI berjalan menaiki tangge2 yang telah disediakan oleh pihak tertentu -- huhh sangat penat -- banyak nyer tangge!!!! sampai hari ini betis saye masih sakit!!
Kami berhenti di checkpoint2 tertentu untuk bergambar ,, untuk menghirup udare segar ,, dan juge untuk menikmati alam semulajadi



 
 Kami menghirup udare segar sebelum meneruskan perjalanan untuk menakluk puncak sg gabai

"Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta
Hoo..Hooh"


--------------------@@--------------------

Setelah abis peluh berjurai2 sebab mendaki anak2 tangge sg gabai -- perut KAMI tersangat la lapar -- KAMI cepat2 membentangkan tikar ditempat yang telah disediakan dan kemudian mule membongkar bekalan2 --> berbekal kan mihun yang saye masak & buah2an,, sandwich hotel beserte jajan2 k.yani,, jus charm,, air bergas nik,, kami pun makan la dengan penuh sopan santun



Sedap sandwich hotel yg k.yani buat ni..yummmy
"Mari kita cerita pasal makan
Negara kita mewah kerana banyak makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Org kita mati kerna banyak makan"

--------------------@@--------------------


Perut dah penuh KAMI pun terjun la -- pe lagi ark --
Dah penat terjun sane sini -- makcik2 kat bawah ni mule la berbincang topic2 hangat -- 
sambil diselang seli dengan lagu2 yang menggegarkan sg gabai


Makcik2 mengumpat sampai berendam.. hahaa3
"mari mari kite bermesyuarat sampai menyelam"
 
--------------------@@--------------------

Kemudian aksi2 model sungai dimulekan -- banyak gambar tapi takleh la letak semo ark
bergambar & KAMI tidak  boleh dipisahkan

Berposing sakan
"I'm the new, I'm the new, new model
of course I got something inside"



--------------------@@--------------------


Nampak tak dua orang kat bawah ni -- 2 orang calon untuk 2 duyung

Berenang jom!!!
"Aku puteri duyung menanti cintamu
Akan ku bawamu ke alam ku
Aku puteri duyung menunggu cintamu
Hidup bersamaku di duniamu"

(sukeati aku je tukar lirik lagu ni..huhuu jangan mare wahai penulis lirik)


--------------------@@--------------------

Best jugak duduk bawah air terjun ni tapiiiii
sakit badan menahan dari terjatuh,, makin lame makin laju air ni 'terjun'

Takde lirik so tengok komen dibawah dah la yer --->>>

--------------------@@--------------------

Kami juge bermain gelongsor -- dah macam roller coaster -- best2 -- Kemudian saye belajar berenang -- heehee dah besar panjang baru nak belajar -- sebab sebelum ni fobia sikit dengan tempat2 yang dalam ni (*__^)

Ini ialah Cikgu Yani --->> cikgu renang saye yang pertame,, huuhuu
"Nak enak-enak berenang rame-rame
Sik asyik-asyik memang asyik
Nak enak-enak berenang rame-rame
biar badan tetap sehat" 

--------------------@@--------------------

Selepas puas mandi,,terjun,,main gelongsor2,,
berenang,,menyelam,,makan,,berjalan,,terjatuh,,bergambar
kami pun menyiapkan diri dan bertolak balik kira2 jam 3:50 petang.

 Kemana destinasi seterusnye agak nyer yer???

 
Sekian wasalam


Nota KT: credit to nik & Charm for de picture 

 


Sunday, October 17, 2010

NO motif = cacamerba

Salam..............Morning cayang (^____^)



Hari ini memang takde topik tertentu,, aku hanye nak menconteng arang sikit kat blog ini..


Jam di desktop computer menunjukkan jam 17:03UK time..ini bermakne waktu Malaysia ialah 00:04 tengah malam.. Baru aje settled kan 1 keje - called support,,terminated job and bla bla bla...Emm now ,, wat to do ya.. Tadi jam 23:30 dah take my dinner and have a cup of Anlene Milk. Sebut lagi sekali... ape?? Ya Anlene berperisa coklat.. sungguh kurang enak..tapi nak buat camne kan,, orang2 yang tulang tak kuat cam aku dipakse minum minuman ini --->>>>





Ayat ni aku terpandang kat ANLENE web "Try dancing or walking to help maintain your bones"

Kalau dulu waktu awal2 20an yela rajin.. selalu jogging & lepak kat taman ,, kalau rajen jogging la ,, kalau agak2 malas aku just pijak batu2 reflexology tu jer.. (^__^) ..

Lokasi feveret: Tasik Pemaisuri

tapi sekarang

Lokasi feveret is katil = tido adalah aktiviti paling besttt ,, hehheeh

Dulu abes jogging aku ajak my lovely mum makan nasik lemak.. hahaaa selalu camtu dulu... so jogging + makan = takde perbezaan = menten = hahahaa bagus!!


 (ni gambar rajah waktu dulu kala, sekarang exercise tu tarik kua dah ^__^ )


So untuk kome2 yang malas sangat tu sekurang2 nyer Walking 30 minit sehari ok la untuk jage kesihatan untuk aku juge,,hahha.. hehee.. Tapi dulu aku suke lagi berlari dari berjalan (dulu la).. lagi2 larian 5km - 10km... hehhe.. syiokk beb.. tapi tak penah menang pun larian jarak jauh ni.. paling power pun tempat ke 20 jer.. :((( --->> sebab tu kot aku suke lari dari orang2 tertentu sekarang.. haha.. sampai penat gak la kekadang ..tettttt


Kalau cite bab jogging ni memang banyak sangat pengalaman nyer. Waktu kat U dulu mase jogging penah kene kacau dengan lelaki pervert,, terkejut giler kiteorang,, pe lagi kadar kelajuan bertambah la dari 10km/h jadi 100km/h ..haha... kalau time tu aku tak terkejut,, mesti aku dah tendang je moto mamat tu.. bengongggg tul!!


-------------------------------@@-------------------------------



Kalau cite bab dancing  lak ,, waktu zaman persekolahan dulu memang ade masuk kelas tarian - besttt !!! tapi mase tu malu2 lagi.. uishhh... so tarian ala2 sopan gitu,,


-------------------------------@@-------------------------------

Zaman2 belajar rajen la masuk itu masuk ini.. camping sane camping sini.. jawatan itu jawatan ini.. jangan tak tau dulu aku pengawas yang paling tidak ditakuti.. hampeh jer.. orang pengawas garang,, ni sopan sangat,, sampai takde orang takut langsung!!


 (bergambar bersama dengan kawan2 baik  ^__^ )


Tapi sekarang zaman kemalasan,, zaman berubah,, hidup pun berubah.. aku tak la sesopan dulu & aku pun memang tak nak jadi sebaik dulu sampai senang dipijak2.. Bab kata Victor Frankl yang kata2 nye selalu ade kat fb aku "When we are no longer able to change a situation, we are challenged to change ourselves" - now I'm challenge myself -- hehee


Tapi bukan bermakne aku nak jadi jahat. Cume aku nak berubah sikit je supaye aku tak mudah diperlekehkan. Jangan anggap aku senyap jer aku terime je pe yang jadi,, cume aku malas nak layan bende2 yang tak mendatangkan faedah buat aku.. heheheee..


Lagi2 ayat yang selalu dok terpapar kat fb aku jugak "kite boleh berubah kalau kite mahu..kite mungkin pernah membuat silap & mungkin kite pernah tersalah langkah tapi DIA beri kite jalan & ruang untuk kite berubah"


Opsss... continue sikit.. aku p break tadi.. makan lagi.. giler la..tadi dah makan,, ni makan lagi!! Ok la sekarang jam menunjukkan 21:58UK@04:58Msia.. so kite berhenti disini .. salam bertemu kembali...



Nota kakitangan:  Make a point, stand up straight, go forward with it, and defend your principles - Jadikan kepercayaan pada Allah itu sebagai perisai diri daripada kehancuran




Wednesday, October 13, 2010

Saya Mahu DIA balik

Ramadhan dan Syawal telah berakhir... masuk bulan baru lagi hanya dalam sekelip mata segala nyer berubah... dulu ak 6 tahun sekarang 26.. huhuuu..



Assalammualaikum & salam sejahtera saye dengan ini,, ingin mengucapkan marilah kite bersama-sama.....

DIA lari lagi.. memang dalam setahun ini makin lama makin jauh,, aku sendiri tak tahu macam mane nak kejar. Emmmm aku sebenarnyer tak perlu mengejar kot,, cume aku rase aku perlu refresh balik diri aku.. aku rase macam diri aku dah hampir hilang.. hilang ditelan zaman ke...huhuu


Nak tahu ape yang aku KEJAR?? apa pulak yang aku CARI?? apa pulak yang nak di REFRESH??

Emmm...




F.O.K.U.S
F.O.C.U.S
A.T.T.E.N.T.I.O.N
T.U.M.P.U.A.N
P.E.R.H.A.T.I.A.N



Aku pun tak tahu la apa dah jadi... makin lame i think... i am getting worse.. do i??? ye la kot.. since last week macam2 jadi.. aku rase teruknyer....apa pun aku bersyukur sebab aku masih diketogeri kan dalam orang2 yang beruntung... HE's knows better..... hari ni pun same langsung tak dapat nak tumpukan perhatian mase training,, asyik kene tegur je.. MALU.. tq yer miss seri kembangan,, kerane bersabar dengan karenah saye mase training tadi.. heheeee




So.. i promise to ---> MYSELF---> aku akan dapatkan DIA balik!!! Saya mahu DIA balik!!!




Nota KT: dia hilang bila dikejar,, dia datang bila tak diharap,, ape la kene mengene dengan tajuk ni kan.. hahaa.. tapi yang pasti yang dikejar dan yang diharap aku akan dapatkan --- >> FOKUS