Jom Klik

Tuesday, June 08, 2010

Just Another Post



Selamat Petang ,, dear all my lovely reader :)

Sebenarnya malam tadi keje,, pagi tadi baru abis keje so memang takde mood nak buat posting. Tapi dah lewat2 ptg ni teringin nak jugak post something...
Diperkenalkan Mohd Danish Shakir:-
Balik je keje pagi tadi, apa lagi melayan si kecik ni la.. Huhhh,, happy nya dapat melihat kerenah si kecil sorang ni, jadi Danish best jugak kan, ramai makcik2 dia melayan.. rasa disayangi betul.. :). Dah puas main pe lagi mandikan dia sebelum hantar rumah baby sitter. Semua ni buat sy terfikir menjadi kanak2 kadang-kala lebih mengembirakan..sebab pe tau??? sebab Danish hanya main, makan & tido.. bila ada yang tak kene dia nangis... tu je.. tak melukai atau dilukai sesiapa. Kadang2 lebih baik melayan kerenah Danish dari orang2 disekeliling kita yang sukar difahami dan memahami kita. 

Bila kita dah remaja kemudian masuk alam dewasa, makin lama makin sukar difahami nan memahami lagi2 dalam sebuah perhubungan. Tak kira la hubungan kekeluargaan, persahabatan mahupun percintaan. Tapi kan lebih baik kita cuba jadi diri sendiri je, tak payah pening2; tapi susah jugak nak jadi diri sendiri sebab kadang-kala kita terpaksa menjadi sedikit hipokrit demi menjaga hati sesetengah pihak. Kita menjaga hati orang lain supaya mereka tak dilukai, kita cuba memahami orang lain supaya kita juga tak menyakiti hati dorang tapi the question is,,, buat apa kita menjaga hati dan perasaan orang lain yang tak penah nak faham kita..hahhahah

Macam2 pulak merepek dah..bukan mudah sebenarnya nak memahami orang lain, walaupun kita berkawan baik kadang-kala mesti ada jugak kata2 @ perbuatan kita yang menyakitkan hati dorang tanpa kita sedar. Jadi macam mana nak memahami hati2 orang??? Menjaga hati ni sebenarnya lebih sukar dari menjaga dunia..huhhhhh...jd fikir sendiri la ye,, sebab kita masing2 dah cukup dewasa untk berfikir. Kalau kita tidak dapat memahami, sekurang2 nya kita jaga la hati dan perasaan orang lain terutama orang2 disekeliling kita yang menyayangi kita dan orang yang kita sayangi.

Satu je yang saya leh kongsi, jom kita sama2 bersihkan hati supaya kita dapat melihat kebenaran dan kemudian insy' kita dapat menjaga hati dan memahami.. kalau sukar untuk kita memahami apa kata jadi pedengar yang baik je. hehhe...

Penah dengar pepatah ni tak??

 "You learn to like someone when you find out what makes them laugh, but you can never truly love someone until you find out what makes them cry"

"We must reach out our hand in friendship and dignity both to those who would befriend us and those who would be our enemy" ~Arthur Ashe~

Monday, June 07, 2010

Pepatah soal percaya

Selamat ptg,,

hari ni kita tukar topik sikit la ye.. asyik soal cinta kasih sayang jer, tak pasal2 kena chop minah jiwang pulak. Pe kata kita beralih kepada soal kehidupan.

Dalam kehidupan sehari-hari kita menyaksikan pelbagai ragam manusia yang kekadang buat kita tersenyum sendiri; kita juga mungkin diperhatikan dan orang lain pula melihat ragam kita. Tapi setiap orang mempunyai pandangan yang berlainan. Ada orang tidak kisah dengan apa yang hendak dilakukan asal tidak menganggu orang lain sudah la. Saya pun sama, peduli apa dengan orang kata asal saya bahagia sudah la.

Tapi kadang2 kita lupa atau kita saja tak mahu ambil peduli.. tindakan kita mungkin menguris hati orang2 disekeliling kita, mungkin adik-beradik, kawan2 mungkin juga rakan sekerja. Kita beranggapan tindakan dan perlakuan kita betul @ lawak semata-mata.. tapi tak semua orang berfikiran sebegitu.

Kekadang saya sendiri tak faham adakah orang2 yang suka membuat hal mengikut kepala otak sendiri tanpa memikir hati dan perasaan orang lain adalah seseorang yang tak punya hati atau mereka2 memang ada masalah dengan hati dorang.. ??? Kekadang dalam sedar atau tidak saya sendiri mungkin ada menguris hati seseorang.. jadi mohon ampun maaf sekirannya ada yang terguris (ceh macam ari raya,, tapi x payah tunggu raya pun leh mintak maaf kalau dah salah kan)..

Akhir post ni sy tinggalkan korang dengan kata2 hikmah ni:-
Kadang-2 mata salah melihat
Telinga salah mendengar
Akal salah mentafsir
Hati salah menilai
Manusia tidakkan sempurna, sehingga kita sempurnakan manusia lain :)