Jom Klik

Monday, July 26, 2010

Ape erti cinte & perkahwinan?

Salam Ukhuwah

----------------------------------@@----------------------------------


Banyak gak idea tengah datang ni tapi malas nak arrange ayat2,, jadi kite sambung topik ala2 semalam je la ye..yang lain nyer topik kene tunggu aku rajin copy gambar dulu...semo dalam hp .. hehhe.. Tanpa gambar2 tu entry2 tu tak best..kehkehhh

Semalam Aku Terime Nikahnye... ari ni??

Nak nikah kene de calon,,,hehhe.. (gatai!! kawan2 aku selalu kate..hahah)

Jom share satu cerite.


----------------------------------@@----------------------------------


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya

Pelajar: guru, apakah erti cinta ? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya ?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun ?

Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta.

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini ?

Pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.


Abis dah


----------------------------------@@----------------------------------


Pesanan dari orang berpengalaman (dah tentu2 bukan aku)
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.


----------------------------------@@----------------------------------

 
Cakap2 orang macam aku: hushhhh cakap mudah,, soal hati payah...dulu aku dah bertemu beberape ranting,, tapi aku amik aku lepas aku amik aku lepas lagi..yang terlepas sendiri pun ade...leh tak taknak pilih lagi....emmm...finally aku jadi takut menebang pokok..jadi ape sudahnye

No comments:

Post a Comment