Jom Klik

Thursday, June 24, 2010

Tak patut kan..tapi -Part 1-

Hari ni satu ari duduk umah je. Takde mood nak keluar. So ape lagi, keje aku temenung panjang je la. Dengan badan yang tak berape nak sihat lagi buat aku temenung jauh, dari KL sampai ke kedah pusing ke johor..hahhaha. Tetiba teringat bape minggu lepas borak2 dengan member aku sorang ni, nama dia iza (bukan nama sebenar).

"awak Iza sedih sangat"

"kenapa?"

"boyfren Iza..."

"kenapa?"

"Iza jumpa kad jemputan kawin dalam kete dia..."

Aku dengan slambe nye response la

"biase la tu, sekarang memang banyak jemputan kawin..kawan boyfren Iza kawin ke?"

"tak....boyfren Iza nak kawin bulan ni..."

Aku tetiba terdiam. Confius pun ade !@#$%^&*  mau tak confius, Iza kawan dengan mamat ni lebih setahun. Kehulu kehilir sama2..memang couple la. Memang ramai la kawan2 tunggu dorang kawin.

------------------@@-----------------

Bermula akhir bulan Mei sampai minggu ni banyak jemputan kawin. Biase la member2 dah cukup umur untuk menamatkan zaman bujang.

Semua jemputan aku p, mase aku free la. Semo jemputan2 tu aku p je dengan langkah yang same dan dengar soalan yang tak jauh beze

"ang bila nak kawin.." (soalan favourite kan)

"emmm biasa la, aku memang suka bagi laluan kat member2 dulu...lagipun lum jumpa jodohnye.."

"balik2 alasan same..eh, ang nak kenal dengan kawan aku tak..."

"emmm takpe2, tak romantik la kenal2 kan.. jumpa sendiri kan romantik.."

"Dah la ang tu memang memilih. Nanti sampai tua membujang"

"Takpe, ade jodoh kawin la...lagipun sekarang susah nak jumpa my mr.rite"

Aku memang pandai bagi alasan kan...hehhe..

Waduh2!! Ni dah masuk bab lain ni. Aku sebenarnye nak cerite pasal member aku, Iza..

------------------@@-----------------

"Iza awak betul ke nak masuk ni"

"aah Iza nak masuk jugak, nak tengok dia besanding"

"Tak payah la masuk Iza, saya takut jadi bukan2 nanti... lagipun awak sanggup ke tengok dia besanding"

"Iza dah nekad nak tengok jugak" 

Kalau ikut aku memang aku tak nak p jemputan tu sebab bagi aku boyfren Iza tak patut buat macam tu. Tapi sebab aku takut Iza buat bukan2, jadi aku teman dia p sane. Aku betul2 tak sangka Iza setabah tu, sikit pun dia tak nangis sebab aku rase dia dah penat menangis beminggu2 sebelum pesandingan ni.

"Iza jom balik..."

Aku tak sanggup tengok Iza lama2 kat majlis tu. Boyfren dia tengah bersanding. Kerusi persandingan yang patut ade dia...tapi diduduki oleh wanita lain. Huuhhuu kalau aku tak tahu la aku sanggup p ke tak.

Balik dari majlis tu aku teman Iza sampai malam sebab aku tak mampu nak buat apa2 selain temankan dia. Walaupun takde setitis air mata yang aku nampak masa tu. Aku tahu dia sedih giler. Mahu tak nye mase dia bagi tahu aku dia jumpa kad jemputan kawin boyfren dia, dia nangis sampai bengkak2 mata.. bape ari tak makan, tak keje. Puas aku nasihat baru dia p keje.

Memang boyfren Iza bagi alasan munasabah kenapa dia kene kawin. Tapi ape pun alasan boyfren Iza, tetap tak adil dia buat Iza macam tu.

Nak tahu kenapa boyfren Iza kene kawin??

Tunggu part 2 ok, sebab aku penat menaip dah,, so nak berehat dulu..


p/s: buat Iza, banyak2 besabar dan berdoa. Sepanjang hidup kite mesti ade waktu gembire dan sedih tapi insy' kebahagian akan jadi milik Iza satu ari nanti..

2 comments:

  1. Sy x taulah ..ini kawan sy punya kawan punya story mory coz sy penah gak dngr kisah Iza ni..dngr2 nak buat drama bersiri ..tajuknye x silap..'Aduhai Si Iza'...

    IZA : "Aku dh putus harap dh nak kawin..sampai ati balak aku tinggalkan aku mcm ni..x baik punyerrrr"

    KAWAN AKU : "Relaxlah Iza..aku nmpk wajah ko x mengambarkan ko sedih..tapi hati nurani ko aku dapat rasakan ia punah ranah di landa El Nino..cuba story mory kat aku..mana tau aku yg ikhlas dan adooo ni bleh tolong ko"

    IZA : "Entahlah 'kawan aku'..aku nak explain pun susah sebab perkara ni akan membuka pekung orang ..aku dh x mampu berkata2 lagi dh ni..klau di luah mati katak..klau di telan mati ibu katak..apa yg mampu aku lakukan di kala ini selain memendam rasa..menyimpan duka..hukhukhuk.." ..( nangis ngade )

    KAWAN AKU : "Yelah..aku tau tu..aku kan kawan ko..ko cite jer..klau aku boleh simpan aku simpan..klau aku x boleh simpan aku story kat ko je..sumpah aku x story kat orang lain..aku janji..aku bkn mcm lagu KRU tu..janji tinggal janji..klau janji tinggal janji mana janji tu nak tinggal kan.."

    IZA : "Ini akan membuka pekung orang 'kawan aku'..ko nak ker..org bukak pekung ko?"

    KAWAN AKU : "Aku relax jer klau jadi mcm tu Iza oi.." ( tp dlm ati mana ada org nak bukak pekung sendiri kan..ayat nak tau apa yg jadi lah tu ... )

    IZA : "ko janji x bgtau org eh..ni rahsia kita je tau..klau org lain tau pun..cuma kat lovehaisa blogspot jer..boleh?"

    di sebabkan nak tau sngt..'kawan aku beria pasang telinga..yg sememangnyer ada tu kan..nak tau apa si IZA tu ckp'...

    IZA : "huk..huk..huk..biarlah rahsia" ..

    arrgghhhhh....

    KAWAN AKU : "nasib baik ko dlm kesedihan Iza..klau ko dlm keadaan normal skrg ni..mmg aku sumpah ko jadi tong drum isi toksid nti"

    ..selepas kejadian itu x pula aku dengar cite tntg Iza dan 'kawan aku' tu..aku rasa diorg dh nikah kat Thailand..coz 'kawan aku' tu bg kad undangan ( fotostat jer ) kat aku..aku pun rasa apa yg Iza rasa dulu iaitu..balak di rampas org..
    'kawan aku' tu adalah bekas balak aku..disbbkan utk menolong Iza..dia pun berkenan dgn Iza tu..lalu kawinlah diorg..

    dh jodohkan.. aku yg pendam sebuah duka

    ikhlas :
    Marie Mario Juniado Agusto (nama xbenar sngt)

    ReplyDelete
  2. emmm...bukan membuke pekung..post ditulis dengan kebenaran...tunggu part 2..just utk pengajaran bg pihak2 tertentu supaye lebih memahami wanita...

    ReplyDelete