Jom Klik

Tuesday, June 08, 2010

Menjaga Hati

petua mencuci hati dari pada dato' fadzilah kamsah

Saya pun masih mencuba,,

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk dari. Haji Fadzilah Kamsah.
Kemudian sy edit sikit je... :)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak saya, cuci hatiku, esok saya nak jadi baik, berjaya,

ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

CUBALAH!!
Berpuasa -
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan (bagi yg mampu..heheh)

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb)

...wallahua'lam..

Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my (http://www.hanan.com.my/)

 Selingan

Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku
Hujan tanpa henti seolah pertanda
Cinta tak disini lagi kau telah berpaling
Reff:
Biarkan aku menjaga perasaan ini
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi aku takkan pergi
Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
Ooh oooh
Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski kulihat kini kau diseberang sana
Reff
Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati

2 comments:

  1. Salam. Sy just nk comment on the first article..perkara no 5. bermaaf-maafan setiap hari.
    Kita mmg dituntut untuk meluangkan masa melakukan 10 perkara dlm seharian kte berada dlm masa yang diberi oleh Allah s.w.t.
    1)Bekerja- xkesah pape pekerjaan yg halal dan baik {asas kemajuan}
    2)Belajar- ape2 bacaan yg boleh memberi manfaat pd diri {asas kemajuan}
    3)Bermain/riadah - {asas kemudaan}
    4)BERMAAF-MAAFAN- seelokye sebelom tido kte memaafkan kesalahan org lain terhadap diri kite {asas keamanan}
    5)Berkasih sayang- x semesti ye suami isteri je leh berkasih sayang, berkasih sayng dengan kwn2,sahabt, jiran, masyarakat, haiwan{asas keimanan}
    6)Ketawa-{asas kejiwaan & keceriaan} tapi jgn berlebih2an
    7)Bersolat-{asas ketenangan}
    8)Melihat keindahan alam ciptaan Allah-{asas ketuhanan}
    9)Makan-{asas kekuatan} tapi jgn berlebih2an.. mkn berlebih2an boleh memudaratkan...
    10)Tido-{asas kewarasan}

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. tq..komen yang mantap.. tapi why not next time rite yr name..hehheh... boleh je, drop button "Comment as:" , next pilih "Open ID" & taip nama ang.. settled ;)

    ReplyDelete